fbpx

Beli Rumah Tanpa Modal: Sekadar Angan-Angan Mat Jenin?

PERNAH NAMPAK IKLAN BELI RUMAH TANPA MODAL, LOGIK KE?
 

Kita semua tahu beli rumah ni bukan sesuatu yang kita boleh rancang dan buat dalam tempoh setahun dua je. Kita juga tahu yang beli rumah memerlukan modal yang sangat heavy, boleh jadi hingga 60, 80, 100 ribu punya modal.

Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai mereka yang bergaji rendah. Dengan komitmen yang banyak, kadang tu tak sempat fikir pun nak simpan modal beli hartanah.

Sebab tu bila ternampak ada yang claim kata kita boleh beli rumah tanpa modal, tertarik juga, tapi betul ke benda ni? Atau sekadar overclaim, sekadar manifesto politik je? Kalau betul boleh buat, siapa je nak lepas peluang keemasan beli rumah tanpa perlu spend puluhan ribu, kan?

Sebenarnya benda ni boleh buat, dan kejap lagi kita akan jelaskan macam mana.
 
 
KITA SEMUA TAKUT BELI RUMAH SEKARANG, BETUL?
 

Berdasarkan data tahun lepas, hampir separuh rakyat Malaysia dikatakan masih belum mampu untuk beli rumah pertama tanpa sebarang insentif kerajaan atau sebarang bantuan kewangan.

beli-rumah

Kredit: Berita Harian

Kita tak boleh menidakkan sebab kenapa orang takut nak beli hartanah hari ini. Mungkin sebelum ini harga rumah jatuh sebab kita dalam kegawatan, fasa kejatuhan untuk semua industri. 

Tapi kerana hari ini ekonomi kita pun dah start ‘healing’, maka harga rumah pun dah mula lah naik semula. Malah harga di kawasan tier yang lebih rendah; kawasan pendalaman dan desa pun dah mula kena mark-up hingga RM 500 ke RM 600K, dah nak hampir sama dengan kawasan tier lebih tinggi. Yang tier tinggi pula jangan ceritalah.

Namun hanya kerana peluang pekerjaan itu majoritinya bertumpu di sekitar Lembah Klang, jadi lebih ramai yang beli rumah pertama jauh lebih mahal dari nilai sebenar hartanah itu di pasaran. Sebab apa?

“Duduk KL kan, kena dengan tempat lah. Fasiliti sana sini, sebab tu harga ‘keras’ sikit. Ni pun kira standard dah ni.”

Ini apa yang akan jadi bila kita beli rumah pertama, tapi tak buat research betul-betul. Tak tanya pakar, tak rajinkan diri membaca atau pergi kelas, tanya mereka yang dah dalam bidang hartanah ni berpuluh tahun. Instead, dengar cakap orang terdekat; kawan-kawan, saudara mara je. 

Sentimen itu mungkin kuat, dan mungkin di mata kita pun mereka kira ‘power’ lah sebab dah beli hartanah sebiji, tapi yang bakal rugi nanti kita juga kerana tak dapat value terbaik untuk rumah yang kita beli.

Tak dapat untung satu hal, lebih teruk kalau lepas tu kita pula struggle buat kerja extra nak kumpul modal besar, nak bayar installment apa semua. Belum masuk kalau kita beli hartanah yang tak kena dengan 7 kriteria lagi. Takut juga kalau turun harga, berbeza dengan yang kita beli atau susah nak jumpa penyewa lepas beli.

Mesti sekarang rasa lagi cuak nak beli rumah, kan? Banyaknya risiko nak kena hadap, banyak benda nak kena fikir. Tapi itulah yang dinamakan pelaburan; apalah erti pelaburan tanpa risiko? Nak dielak memang tak boleh, jadi yang kita boleh buat hanya untuk uruskan sajalah.

 
APA KRITERIA NAK BELI RUMAH TANPA MODAL?
 

Jangan cuak-cuak dulu, mungkin benda ni akan ubah perspektif anda. 

Ramai sebenarnya tak tahu, dengan cara dan sumber yang betul, kita boleh beli rumah pertama dengan kriteria lengkap dengan modal rendah atau tanpa modal.

Jadi apa kriteria yang diperlukan kalau nak miliki rumah tanpa perlu bayar 60, 80 ribu ringgit ni? Ini dua kriteria yang perlu anda tahu.

PERTAMA, kalau anda belum pernah beli sebelum ni, dan rumah yang anda nak beli ni bakal jadi rumah pertama, tak salah untuk check out dulu skim dari kerajaan yang ada sekarang ni.

Biasanya insentif dari kerajaan ni boleh jadi sangat high valued untuk mereka yang bijak memanfaatkannya. Sebelum ni kita pernah cerita bagaimana anda boleh dapat pengecualian dari DUTI SETEM.

Anda juga berpeluang untuk dapat 100% financing, seperti apa yang ditawarkan oleh SJKP. Yang ini juga kita pernah cover sebelum ni, dan anda boleh baca dengan lebih detail di SINI.

Ini antara insentif yang anda boleh manfaatkan. Kalau hartanah modal rendah pula, anda boleh juga check out skim lain seperti SELANGORKURUMAWIP dan banyak lagi. 

beli-rumah

Tapi bagi rumah kos rendah macam Selangorku dan RumaWIP, kami SANGAT tidak sarankan untuk dibuat pelaburan, sebab rumah-rumah ini dibina memang untuk mereka yang income rendah, dan kebanyakkannya memang tak benarkan pun kita buat investment di situ.

KEDUA, yang ini mungkin akan susah sikit bila kita tak ada sumber dan informasi yang menyeluruh.

Nak beli rumah tanpa modal; anda kena cari hartanah yang jauh di bawah nilai pasaran; yang mana anda boleh beli hartanah tersebut dengan harga 20 hingga 70% bawah nilai SPA.

Untuk kes ini, anda bukan saja boleh dapat 100% loan, malah boleh jadi up to 130% financing sebab dibeli pada harga jauh lebih murah.

Hartanah yang dibeli tu pula tak boleh sebarang hartanah je. Rumah tu mesti tepati beberapa kriteria untuk dijadikan ia berbaloi pada nilainya. Tapi macam yang disebut tadi, adakah senang nak cari rumah macam ni? Dah tentu tidak. Kena pandai.

 
APA PILIHAN YANG KITA ADA?

Susah tak bermakna ia mustahil untuk dicapai. Untuk orang yang tak ada sumber, malah tak ada masa yang banyak untuk study pasal hartanah mana yang ok, yang mana tidak ni, apa solusi yang anda ada?

Kami faham; dan tanpa kerja macam mana nak kumpul duit beli rumah, kan? Sebab itu di sini kami sentiasa akan offer solusi kepada anda. Salah satu dari fokus kami adalah untuk maksimakan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia, dan ini apa yang kami ada mungkin akan bantu anda.

Bagaimana? Macam yang kami cakap, rumah dalam kategori kedua tadi walaupun susah dicari, tapi tak mustahil. Tapi macam mana kalau kami beritahu anda yang kami boleh carikan untuk anda, dan apa yang anda perlu buat hanya ikut apa yang kami ajar dan cadangkan? 

Tak payah keluar rumah pun tak apa, kerana on demand webinar kami boleh diakses di mana mana saja! Tengok kat rumah sambil makan maggi pun tak ada masalah.

Berminat? Klik PAUTAN INI SEKARANG dan jom ubah hidup anda!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.