fbpx

Beli Rumah Pertama Tanpa Pendapatan Tetap, Tanpa Slip Gaji? Boleh Ke?

SLIP GAJI TAKDE? APA BUKTI KITA MAMPU BAYAR RUMAH?

Tahun 2022 ni, kita lihat ramai yang dah mula menyara diri dan keluarga dengan ekonomi gig, tanpa sebarang pendapatan tetap. Lambakan orang muda, bekas graduan dah cenderung untuk buat e-hailing, p-hailing, bisnes kecil-kecilan dan sebagainya.

Kerjalah bidang apa pun, setiap orang pasti ada simpan niat nak beli rumah pertama, tak kisahlah sekecil mana pun gaji mereka. Tapi nak beli rumah ni, kita sendiri tahu banyak prosesnya, banyak syarat ketat yang ditetapkan oleh bank untuk dapatkan pinjaman perumahan.

Nak dapat pinjaman? Kena ada slip gaji dan banyak lagi dokumen sokongan untuk buktikan yang kita ada pendapatan lancar setiap bulan. Iyalah, bank nak bagi pinjam beratus ribu, bukan seratus dua je. Mestilah mereka nak tahu kita mampu bayar ke tak.

Ini yang buat ramai pemilik bisnes kecil, pemandu e-hailing, rider dan petani susah nak lanjutkan hasrat mereka untuk beli rumah. Tanpa slip gaji, mereka tak ada hitam putih untuk buktikan pada bank.

Jadi bila masa yang sesuai untuk mereka beli rumah sendiri?

Belanjawan 2022 tahun lepas telah membawa berita baik kepada pemain ekonomi gig yang hadapi semua masalah di atas apabila diumumkan peruntukkan melalui skim Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).

 
beli-rumah-pertama
 

 

SJKP TU APA?

Dalam Bajet 2022, skim SJKP diumumkan dengan peruntukkan hingga RM2 billion bertujuan untuk membantu mereka yang tiada pendapatan tetap untuk beli rumah.

Ini memudahkan ribuan rider, pemandu e-hailing, petani dan peniaga kecil untuk memohon beli rumah pertama hingga RM400,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun.

Malah penerima skim ini juga bakal memperoleh jaminan 100% atas jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT dan LTHO, diperoleh dari institusi kewangan yang terlibat.

Syarat kelayakan untuk pemohon skim ini adalah seperti di bawah, dan untuk info lanjut anda boleh klik di SINI.

beli-rumah-pertama

MACAM MANA NAK MOHON SKIM INI?

Untuk mohon skim SJKP ni, pertama sekali dah tentunya anda kena sediakan dokumen yang diperlukan. Senarai dokumen diperlukan boleh rujuk di SINI.

Himpunkan setiap dokumen yang diperlukan dan bawa ke institusi kewangan yang terlibat. Bank yang terlibat untuk skim ini termasuklah Agro Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN, RHD dan Bank Muamalat. Di sana, nyatakan hasrat anda untuk buat permohonan rumah melalui skim SJKP.

beli-rumah

Bank kemudiannya akan menilai rekod kredit anda. Jika semuanya baik, mereka akan hantar permohonan tersebut pada SJKP. SKJP kemudiannya akan nilai semula permohonan anda berdasarkan dokumen yang disediakan. Jika lulus, anda akan terima surat tawaran (LO) dan pembiayaan terus dari bank.

BAGUS KE TIDAK SKIM SJKP NI UNTUK BELI RUMAH PERTAMA?

Bagi kami, ini satu inisiatif yang baik untuk galakkan lagi pemilikan hartanah untuk golongan B40 dan M40. Kini, tak ada slip gaji bukan lagi satu halangan utama untuk sesiapa miliki rumah sendiri. Semua orang dapat merasa.

Di FAR Capital, kami percaya masyarakat dari pelbagai kelas pendapatan berhak untuk miliki aset rumah sendiri, walau ikut kemampuan masing-masing. Tak kisahlah anda pekerja ekonomi gig atau traditional employment, pasti ada cara untuk anda capai rumah idaman anda.

Ini juga sebab kenapa kami menentang keras hartanah kos rendah untuk dijadikan rumah pelaburan. Janganlah kita mengorek untung terhadap hak mereka yang lebih memerlukan.

Jadi apa yang kami buat sebaliknya? Kami membuka peluang untuk orang miliki rumah dengan kriteria hartanah ungguk tanpa perlu habiskan modal yang banyak, malah TANPA MODAL pun ada.

Yang memang tak ada simpanan modal langsung, kita juga mampu bantu tambahkan pendapatan dan langsaikan hutang jahat anda terlebih dahulu.

Jika ada yang fikir kami boleh dapat rumah tanpa modal sebab bagi orang rumah murah; betul. Murah sebab klien kami mampu beli kondo berfasiliti 5 bintang dengan diskaun hingga 50%, bukan kerana kami beli rumah kos rendah.

Kalau nak tahu macam mana, klik saja di PAUTAN INI.

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.