fbpx

Rumah Selangorku: Opsyen Terbaik Untuk Gaji Bawah RM3K?

RUMAH SELANGORKU MURAH?
 

Mungkin sebelum ni ramai yang pernah dengar berkenaan inisiatif Rumah Selangorku ni. Tapi untuk yang tak tahu, Rumah Selangorku adalah skim perumahan khas dari kerajaan negeri untuk warga Selangor.

Wujudnya inisiatif ini adalah untuk sediakan perumahan mampu milik kepada golongan yang berkelayakan dalam negeri tu.

Macam yang kita tahu, kepadatan penduduk kat negeri Selangor ni agak ramai. Namun bukan semuanya mampu untuk beli rumah dengan nilai yang tinggi. Boleh kata banyak rumah di Selangor mempunyai harga yang mahal atas tiket ‘dekat dengan KL’, walaupun pada kawasan yang tier lebih rendah. 

Jadi sukar untuk mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana ni nak cari ruang miliki rumah pertama. Itu yang ramai individu (malah yang berkeluarga sekalipun) masih menyewa walau dah berpuluh tahun jadi warga Selangor.

Jadi untuk pastikan setiap keluarga mampu untuk beli rumah sendiri, Skim Rumah Selangor diperkenalkan untuk realisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’.

 
 
SIAPA YANG BOLEH APPLY RUMAH SELANGORKU NI?
 

Apa kriteria yang nak kena ada untuk apply Rumah Selangorku? Jom kita tengok senarai bawah ni:

  • Berumur lebih dari 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Selangor
  • Belum pernah memiliki hartanah
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon.

rumah-selangorku  

Walau skim ini awalnya diperkenalkan pada tahun 2014 dulu, tapi ada sedikit perubahan dibuat pada tahun 2018 ke atas. Dengan inisiatif Rumah Selangorku 2.0, framework baru diperkenalkan untuk perumahan mampu milik di bawah skim bantuan ini.

Inisiatif ini kini mempromosikan pelbagai jenis unit, bergantung pada pilihan serta tahap pendapatan pemohon. Ia juga dibahagikan kepada kategori rumah A, B, C, D dan E; di mana kriteria kelayakan masing-masing berbeza.

Jenis A: Pendapatan isi rumah maksimum RM 3,000 setiap bulan
Jenis B, C, D, E: Pendapatan isi rumah maksimum RM 3,001 – RM 10,000 setiap bulan.
 

Untuk harga rumah pula, pemohon dalam jenis A berpeluang untuk membeli rumah jenis apartment/townhouse/teres 700 kps dengan harga RM 42,000 satu unit.

Manakala untuk jenis B, C, D dan E, harga yang ditawarkan adalah RM 100,000 hingga RM 250,000, mengikut kapasiti pemohon.

rumah-selangorku 

BAGUS KE BELI RUMAH SELANGORKU NI?  
 

  Apa saja inisiatif yang dibuat, semuanya pasti akan ada pro dan kontra. Bagi rumah Selangorku, kami merasakan ia satu skim yang baik untuk menggalakkan pemilikan hartanah untuk orang Selangor.

  Pertamanya, dah tentulah sebab harganya yang murah. Hari ini ramai pening kepala nak beli rumah tapi deposit saja sampai RM 60,000 – 70,000. Itu baru deposit! 

Tapi dengan inisiatif Selangorku, rumah yang dipasarkan hanya dalam lingkungan harga RM 42,000 hingga RM 250,000. Ini merupakan punca besar ramai orang Selangor hari ini, terutamanya dalam kalangan B40 ini berebut untuk beli rumah melalui skim ini.

Maka ramailah yang merasakan inilah pilihan terbaik untuk mereka, inilah masanya untuk mereka beli rumah. Tapi realitinya, adakah skim rumah kos rendah ini sesuai untuk semua orang? Tak juga sebenarnya.

Kalau ada yang fikir nak buat rumah Selangorku ni sebagai rumah pelaburan, baik kirim salam sajalah, kerana ia tak boleh disewakan. Tapi ada ke yang keras kepala dan masih laburkan? Dah tentulah ada, beli lepas tu bagi sewa kat target mudah seperti warga asing. Tapi lepas tu auto kena tindakan undang-undang dengan KPKT lah.

WhatsApp Image 2022 11 13 at 02.05.37

Kredit: Selangorkini

Dalam kes nak jual semula pula, anda hanya boleh menjual harta tanah dalam masa 5 tahun dari pembelian. Adakah senang untuk jual balik rumah Selangorku ni? Tak begitu mudah, sebab bukan semua orang ingin beli rumah mampu milik ni.

Malah untuk pembeli rumah pertama pula, ada yang masih belum jelas dengan kos tersembunyi beli rumah ni. Walaupun boleh dapat deposit rendah sebab harga rumah murah, tapi masih ada kos duti setem, yuran guaman, SPA, caj perjanjian dan kos-kos lain yang perlu dibereskan.

LANGSUNG TAK ADA ‘CAN’ UNTUK PELABUR? 

Macam yang kami cakap tadi, rumah mampu milik ini bukan untuk semua orang. Mungkin untuk mereka yang betul-betul cari rumah own-stay pertama, bolehlah consider untuk minta. 

Jadi untuk yang nak melabur ni, memang tak boleh ke dapat harga semurah rumah Selangorku ni? 

Tak ada siapa kata tak boleh, dan tak ada siapa cakap benda ni mustahil kecuali mereka yang tak cukup ilmu dan sumber.

Tahu apa yang lagi menarik? Menariknya, anda tak perlu cari rumah mampu milik pun untuk maksimakan keuntungan dengan hartanah. Tak perlu kita nak ragut hak orang-orang susah yang lebih memerlukan untuk kepentingan kita sendiri. Fikir secara moral pun, memang tak baik untuk kita buat macam tu.

Siapa kata buat pelaburan di kawasan tier 1 macam Damansara, Ampang ni bakar duit? Sedangkan ramai tak tahu klien FAR Capital dapat beli rumah di kawasan elit ni dengan diskaun hingga enam angka, jauh lebih murah dari nilai pasarannya yang sebenar! Malah yang ambil cashback pun masih boleh jana positive cash flow tiap bulan.

Bersama FAR Capital, anda boleh beli hartanah di Bangsar tanpa perlu bayar hingga RM 3,000 sebulan; sebaliknya anda hanya bayar RM 1,000 je! Bukan rumah kos rendah, bukan lelong, tapi lebih murah dari lelong!

Berminat? KLIK PAUTAN INI SEKARANG

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.