fbpx

Rumah Pertama Tanpa Duti Setem; Ramai Yang Tak Tahu Caranya?

APA ITU DUTI SETEM?

 

Secara dasar mungkin ramai dah jelas berkenaan transaksi jual beli rumah; beli pada harga yang dipersetujui, buat loan dan sebagainya. Tapi masih ada beberapa kos lain yang mungkin belum jelas pada bakal pembeli rumah pertama, dan ini merupakan salah satu faktor kenapa hari ini ramai takut nak beli rumah; takut akan kos tambahan.

Antara kos tambahan yang diperlukan termasuklah caj SPA, kos guaman dan duti setem. Betul, nak beli rumah memang perlu banyak proses. Bukan cukup-cukup duit deposit je kita dah boleh terus beli rumah.

Apa itu duti setem? Dalam bahasa mudahnya, duti setem ini merupakan cukai yang dikenakan terhadap dokumen perundangan macam jual beli hartanah, pertukaran hak milik, pinjaman rumah dan perjanjian pinjaman.

Cukai duti setem ni ada empat jenis level dan setiap level tu ada peratus masing-masing, ikut harga rumah yang anda nak beli tu. Ini peratus duti setem bermula tahun 2019 tempoh hari:

duti-setem

Jadi contohlah rumah yang anda nak beli tu harga RM 300,000; selain deposit 10% (RM 30,000), anda juga akan berhadapan dengan:

  • – Duti setem SPA (RM 5,000)
  • – Duti setem dokumentasi pinjaman (RM 1,500)

  Itu belum termasuk yuran guaman SPA dan yuran guaman dokumentasi pinjaman lagi.

 Dengan harga rumah yang semakin mahal sekarang, interest rate pun naik sampai empat kali tahun ini, ramai yang memilih untuk tak beli rumah. Sampaikan ada yang salahkan pihak berkuasa, katanya tak pandai kawal harga rumah. Yang salahkan BNM sebab OPR naik banyak kali pun ramai.

 

PERNAH TAHU TENTANG HOC, ATAU INI KALI PERTAMA ANDA DENGAR?

 
  Sedikit disclaimer di sini, kami tak berniat untuk menyebelahi atau upsell mana-mana pihak, dan ini hanyalah pendapat kami sahaja. Credit where credit is due. Risau juga kalau ada yang kata kami ni bias atau buat artikel berbayar.
 
Kalau anda ingat, tahun 2021 dulu pernah ada satu Kempen Pemilikan Rumah (HOC) anjuran kerajaan dalam usaha mereka untuk rancakkan pasaran hartanah semasa dan selepas pandemik. Dalam masa sama, ini juga untuk mendorong orang ramai untuk miliki rumah tak terjual sebelum ni.
 
Antara kelebihan mereka yang beli rumah melalui kempen ini termasuklah pengecualian duti setem penuh dan separa penuh, 10% diskaun rumah dan pengecualian instrument of transfer terhad pada RM1j pertama dari harga hartanah.
 

duti-setem

Kredit: Property Hunter

Kita ambil contoh rumah tadi, harga RM 300,000. Dengan HOC, pembeli dikecualikan dari membayar duti setem dan pinjaman duti setem (RM 5,000 + RM 1,500 = RM 6,500). Boleh jadi hampir RM10,000 juga pemotongan HOC jika dikira dengan 10% diskaun rumah.

SEKARANG ADA LAGI KE HOC?

 
Untuk tahun sekarang, inisiatif pengecualian duti setem ini tak lagi disambung di bawah nama HOC. Sebaliknya inisiatif i-Miliki diperkenalkan bermula 1 Jun lepas. Jadi i-Miliki ni apa pulak?
 
i-Miliki ni boleh dikatakan sebagai ‘sambungan’ kepada HOC tahun 2021 dulu, yakni insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah pertama ikut harga rumah yang nak dibeli.
 
Untuk rumah dengan harga RM 500,000 ke bawah, pengecualian duti setem yang anda boleh dapat adalah sebanyak 100%, manakala 50% untuk rumah dengan harga RM 500,000 hingga RM1 juta. Inisiatif ini diumumkan oleh PM ketika Karnival Jom Beli Rumah anjuran KPKT dan akan dilangsungkan sampailah Disember 2023.
 

i miliki 01 1

 
Selain tu, insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman pula diteruskan bagi mereka yang ingin beli rumah pertama bernilai sehingga RM 500,000 hingga 31 Disember 2025.
 

duti setem

 
Macam yang kita cakap tadi, ini inisiatif yang baik untuk galakkan lebih ramai orang, terutamanya anak muda yang masih belum beli rumah pertama. Kami percaya di tahun sekarang ni, bukannya orang tak nak beli rumah, tapi tak sanggup nak hadap modal yang tinggi termasuklah caj-caj ‘tersembunyi’ ini.
 
Dengan adanya PRU-15 yang akan datang tak lama lagi ni, kita mengharapkan mana-mana pihak yang akan memegang kerajaan dapat wujudkan lagi inisiatif seperti ini.
 
Dan kita sebagai pengguna pun kenalah peka dengan apa jua jenis bantuan yang bakal memudahkan kita. Kalau fokus tu hanya kepada mencari yang negatif, maka kita yang akan rugi bila peluang macam ni kita terlepas pandang.
 
Bercakap tentang peluang, kami juga ingin buka satu lagi peluang untuk anda buat RM1 juta pertama dengan pelaburan hartanah!
 
Kami juga nak buka peluang untuk anda beli rumah dengan diskaun hingga 50%, malah lebih murah dari harga rumah subsidi seperti rumah SelangorKu dan RumaWIP.
 
Dan kalau kami kata anda MASIH boleh dapat positive cash flow dengan rumah yang bawah harga median tadi, anda berminat tak? Jika minat, jangan tunggu lagi! Jom, KLIK PAUTAN INI untuk info lanjut!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.