fbpx

Bayar Installment RumaWIP Lagi Murah Dari Bayar Sewa Rumah?

SEBELUM NI PERNAH DENGAR PASAL RUMAWIP, TAPI TAK TAHU DETAIL?
 

Siapa-siapa yang duduk KL pasti boleh relate yang nak beli rumah kat sini sekarang ibarat satu benda yang mustahil. Dengan gaji yang tak banyak mana, harga rumah pula lebih tinggi dari KLCC, nak buat loan pun jadi serba salah. Takut tak lulus satu hal, takut kalau tak boleh nak bayar balik pun masalah juga. 

Jadi apa harapan untuk orang KL ni beli rumah? Yang mana income kecil, boleh cuba untuk apply skim RumaWIP untuk beli rumah pertama mereka dengan harga rendah di kawasan-kawasan Wilayah Persekutuan.

Kami pasti ramai yang pernah dengar tentang inisiatif RumaWIP sebelum ni. Tapi untuk yang tak pernah tahu, RumaWIP ni adalah satu usaha kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik pada pembeli rumah pertama.

Tapi RumaWIP ni sebenarnya nama lama. Sekarang ia dah re-branded ke nama baru iaitu Residensi Wilayah. Masih dengan objektif yang sama iaitu membina dan menyediakan rumah mampu milik terhadap warga Wilayah Persekutuan.

 
 

RUMAH MACAM MANA YANG ANDA BOLEH DAPAT?

Mampu milik macam mana, anda tanya? Untuk RumaWIP / Residensi Wilayah ni bermakna saiz dan kos di setiap pembangunan telah pun dihadkan kepada kos minimum RM 300,000 dengan saiz rumah tidak kurang dari 900 kaki persegi.

Rumah yang anda boleh dapat dengan skim RumaWIP ni biasanya terdiri dari lot bumi, kondominium atau pangsapuri. Berikut adalah 3 jenis hartanah yang biasanya ditawarkan:

rumawip
 
 
SIAPA YANG BOLEH MOHON RUMAWIP?
 

Kalau anda nak tahu, skim RumaWIP / Residensi Wilayah ini terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan yang menepati syarat-syarat di bawah:

  • – Berumur 21 tahun ke atas
  • – Lahir, kerja atau tinggal di Wilayah Persekutuan
  • – Keutamaan diberi kepada mereka yang belum pernah beli rumah
  • – Pendapatan individu tak lebih RM 10,000 sebulan
  • – Pendapatan campuran bersama pasangan tak lebih RM 15,000
  • – Setiap isi rumah terhad kepada satu RumaWIP
 
 
SENANG TAK NAK MOHON RUMAWIP NI?
 

Sebelum nak mula apa-apa, penting untuk kita semak dan pastikan sama ada kita layak atau tak nak memohon RumaWIP ni. Kalau keperluan residensi, tempat lahir / kerja, had pendapatan kita (bawah RM 10,000) semuanya bersesuaian, maka tak ada masalah lah untuk anda mohon.

Langkah seterusnya, anda kena daftar dan buat permohonan di portal Residensi Wilayah untuk cari rumah yang anda nak. Melalui laman itu, anda boleh survey dulu jenis-jenis projek yang anda ada dan lokasi yang sesuai untuk anda. Kalau ada yang anda rasa minat, boleh dah lah bersedia untuk langkah seterusnya yakni menyediakan dokumen.

Macam biasa, nak beli rumah memang akan banyak complexity dan kita akan pening bermain dengan dokumen; tapi semuanya perlu lengkap dan tak boleh miss satu pun. Jadi dokumen apa yang anda perlukan untuk skim ini? Jom tengok satu-satu bawah ni:

  • – Borang Permohonan
  • – Surat Sumpah
  • – Bukti Kad Identiti Pemohon
  • – Slip Gaji atau Penyata Bank
  • – Sijil Nikah (jika berkenaan)
  • – Salinan SPA untuk hartanah sedia ada
  • – Lain-lain dokumen berkenaan

rumawip 

Setiap hartanah dalam RumaWIP tu diurus oleh badan yang berlainan, jadi dokumen anda bukanlah direct kepada pusat agensi. Anda kena check betul-betul dengan pemaju hartanah untuk rumah berkenaan; nak pastikan yang anda dah bersedia dengan semua butiran yang betul.

Pembahagian unit hartanah dibuat secara pengundian yang dilaksanakan pada satu masa tertentu di mana semua pemohon projek tersebut kena hadir. Kalau tak boleh datang, kena lantik proksi untuk wakilkan anda guna Surat Pelantikan Proksi. Pengundian ni lain-lain sebab ikut pemaju, tapi apa-apa hal, deposit 10% dari harga rumah masih perlu bayar kalau berjaya.

 

BERBALOI KE BELI RUMAWIP?
 

Tak dinafikan, inisiatif RumaWIP / Residensi Wilayah ni membuka ruang untuk ramai warga Wilayah Persekutuan berpendapatan rendah dapat miliki rumah sendiri. Malah untuk pembeli rumah pertama lagilah digalakkan kerana untuk harta tanah RumaWIP, pemohon tak boleh miliki harta tanah lain.

rumawip

Tapi sebab yang paling obvious orang ramai minta RumaWIP ni dah tentulah kerana harga dan kosnya yang rendah; terutamanya ansuran bulanannya boleh kira murah berbanding dengan sewa rumah. Mungkin atas sedikit je, tapi sekurang-kurangnya yang ini rumah sendiri; bukan lagi rumah sewa.

Harga rumah pula ditetapkan maksimum RM 300,000, jadi mereka yang nak mohon Skim Rumah Pertamaku bolehlah dapat biayaan hingga 100%. Dengan pasaran sekarang, maksimum RM 300,000 tu memang heaven sangat dah bunyinya tu.

Tapi bagi kami bukan semua orang sesuai untuk beli RumaWIP. Bukan RumaWIP saja, malah rumah-rumah kos rendah yang lain juga. Kerana apa? Macam perkongsian kami sebelum ni, kerana rumah kos rendah ni tak sesuai untuk dijadikan pelaburan.

Beli untuk duduk sendiri sekeluarga? Tak ada masalah. Tapi untuk laburkan rumah yang disubsidikan tu, bagi kami lebih baik jika rumah tu diberi peluang kepada orang yang betul-betul susah agar mereka ada bumbung sendiri untuk berteduh; taklah sampai ke tua menyewa je.

Cakap tentang tu, boleh ke RumaWIP ni nak disewakan? Jawapannya, hanya dalam keadaan tertentu saja anda dibolehkan untuk sewakan hartanah anda tu; dan syaratnya dah tentu ketat. Ini satu lagi sebab mengukuhkan kenapa rumah subsidi seperti ini tak patut dibuat sewa.

Jadi kalau anda tanya kami berbaloi ke tak beli RumaWIP, jawapan selamatnya adalah ikut pada kapasiti, kemampuan dan tujuan masing-masing. Kalau untuk duduk sendiri, nak cari rumah lepas kahwin tapi buntu takde jalan, tak ada masalah untuk beli produk RumaWIP ni

 

ADA JALAN LAIN KE?

Tapi cuba anda fikir. Memang kita beli rumah skim tu dengan kos yang rendah; dah nama pun rumah mampu milik. Dapat rumah murah tu dah bolehlah ucap Alhamdulillah; tapi adakah gaji kita akan naik lepas beli tu? Adakah passive income kita akan meningkat lepas tu? Tak kan?

Kalau anda rasa rumah RM 300,000 dah cukup power, anda pernah jumpa tak rumah yang harganya TURUN RM 300,000? Tak pernah, kan? Sebab kelebihan ni hanya klien FAR Capital je yang boleh dapat.

Di FAR Capital, bukan rumah kos rendah yang anda akan beli; tapi rumah kondo mewah dengan fasiliti 5 bintang! Yang lagi best, kalau orang lain bayar installment tiap bulan RM 3,000 untuk rumah macam tu, klien FAR Capital hanya perlu bayar RM 1,000 je; walaupun jenis unit rumah yang sama.

Ramai yang tertanya-tanya macam mana klien kami boleh dapat hartanah dengan diskaun hingga 50%? Persoalan ini pernah kami jawab sebelum ini, kalau anda pun curious; anda boleh baca di SINI.

Berbalik kepada soal income tadi pula; walaupun rumah kos rendah ni sangat membantu rakyat dengan deposit dan ansuran yang tak terlalu membebankan, tapi lepas beli hartanah tu, gaji mereka tetap sama juga. Mesti anda tertanya-tanya kan apa pula kena mengena benda ni dengan kami?

Ini kerana kami di FAR Capital adalah satu ekosistem hujung-ke-hujung dan bukanlah hanya berteraskan jual/beli/sewa hartanah je semata.  

Kalau banyak hutang, kita akan adakan debt consolidation terlebih dahulu untuk klien kami cari jalan terbaik nak kurangkan komitmen atau langsaikan terus semua hutang jahatnya. Kalau gaji tak naik-naik, kita ada tips untuk anda yang susah naik gaji dan hanya mampu duduk setempat je walau dah bertahun-tahun kerja. Kalau hari ini ada yang terpaksa keluar rumah balik lepas office hour untuk cari pendapatan lebih, kami boleh bantu anda tambah income hanya dari rumah je. Adakah income yang anda bakal dapat tu biasa-biasa je? Dah tentulah tidak! Dalam masa 12 bulan, anda dah boleh buat lebih 5 angka dengan inisiatif hustle income dari FAR Capital ni. Rumah dengan harga jauh di bawah median dapat, langsaikan hutang jahat dapat, tambah pendapatan aktif, pasif dan hustle income pun dapat. Apa je lagi yang tak cukup untuk anda pilih FAR Capital? Jadi, jangan tunggu lagi! Kalau anda nak merasa pegang kunci rumah yang anda tak perlu risau nak bagi sewa menjelang tahun depan, jangan tunggu lama lagi! Jom, klik PAUTAN INI untuk daftar ke webinar malam Ahad kami secara PERCUMA!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.