fbpx

Tak pernah rasa nak duduk rumah sendiri – Dr Nor Iman

“Satu hari nanti saya akan beli rumah untuk mak ayah”

Ini yang saya cakap kepada kawan saya masa saya sekolah menengah. Dari sekolah lagi saya dah pasang niat nak beli rumah sendiri untuk mak ayah. Kami tak pernah ada rumah sendiri. Dah tak boleh ingat dah berapa kali kami pindah rumah.

Sampai saya terpaksa tipu kawan-kawan saya yang kami berpindah – randah sebab ayah saya kerja. Selalu saya terfikir bila la nak duduk rumah sendiri ni.

Jadi saya kerja keras. Saya belajar betul-betul sampai jadi doktor. Tapi lepas saya graduate tahun 2017, ayah saya kena stroke. Masa ni kami sekeluarga takde duit sampai tahap nak bayar sewa rumah pun dah tak boleh. Kami tak ada cara dan minta bantuan atuk kami untuk bagi satu rumah tumpangan. Rumah tumpangan ini lah rumah yang kami duduk. 

Bila saya dah dapat kerja, saya terus fikir macam mana saya nak beli rumah. Misi hidup saya memang nak berikan rumah kepada mak ayah. Akhirnya saya berjaya beli satu rumah landed under-con. Masa saya beli ni saya iya kan je semua, tak fikir pun pasal ilmu kewangan. Alhamdullilah sekarang dah bakal ada rumah sendiri.

Lepas saya dah berjaya beli rumah untuk mak ayah, saya mula fikir untuk beli rumah sendiri. Jadi saya kenal lah dengan seorang REN yang beritahu saya ada potensi untuk beli rumah seterusnya. Tapi bila dia nak submit pinjaman, pinjaman saya dibatalkan. Saya pelik dan risau. Dulu yang nak bantu mak ayah dah jadi sesak sekarang. 

Sebab masa awal tu beli je, asal mak ayah happy. Sekarang saya fikir, macam mana saya nak beli ni. Dari sini saya mula cari ilmu dan terjumpa webinar Faizul Ridzuan. Its an eye opener bila baru saya tahu berkenaan dengan DSR  dan loan eligibility. Saya nampak there is light at the end of tunnel.

Saya memang boleh beli sendiri dan buat sendiri, tapi saya tak nampak steps dan pathway dalam pelaburan hartanah. Sekarang saya sedang betulkan kewangan saya dengan bimbingan Far Capital dan dah tahu apa steps seterusnya untuk buat pelaburan hartanah.

Yang lebih menariknya, ada kawan saya call dan tanya saya tentang 7 kriteria pelaburan hartanah yang Far Capital ajar. Salah seorang daripada mereka adalah REN. Dia sangat berterima kasih sebab sebelum ni dia tak tahu pun ada kriteria dalam pelaburan hartanah. Ilmu yang Far Capital kongsikan kepada kami sangat powerful sampai kami boleh kongsikan kepada orang luar juga.

Saya rasa selamat dengan Far Capital. They make me feel safe. Terima kasih Far Capital!

Nak belajar kurangkan hutang jahat dan tingkatkan income 2 kali ganda seperti Dr. Nor Iman Fitri?

Sila isi ruangan di bawah supaya mudah untuk kami hubungi anda.


Follow Dr Nor Iman on Facebook

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.