fbpx

Apa ‘Rahsia’ Klien FAR Capital Beli Rumah Bawah Market Value?

ORANG LAIN BELI RUMAH RM800K, KITA BELI UNIT SAMA RM600K JE?
 

Sebelum ni ramai klien kami yang memang suka rela ajak kawan-kawan dan saudara mara mereka sertai FAR Capital, dan salah satu sebabnya adalah untuk menjawab persoalan-persoalan ni;

“Macam mana kau dapat beli rumah X harga RM100K lagi murah?”

“Hebat rumah kau ni, seriouslah bayar installment tak sampai RM2K?”

“Betul ke kau dapat harga ni? Ini lagi murah dari lelong ni!”

Jadi ramai yang tertanya-tanya, macam mana klien FAR Capital boleh dapat advantage beli rumah murah, dan mereka masih mampu walaupun income tak macam golongan T20. Ada ke ‘rahsia’ yang kita guna kat sini; yang tak diguna pakai kat tempat lain?

 
 
KENALI NILAI RUMAH ANDA

Sebelum kita pergi lebih detail, jom kita kenali dulu apa beza istilah ‘harga’ dengan ‘nilai’ sesebuah hartanah ni.

Harga merupakan satu jumlah yang ditetapkan oleh penjual atau vendor untuk dipersetujui atau dirunding oleh pembeli (kena tengok juga pada keadaan supply dan demand dari vendor, biasanya kalau banyak tak terjual, lagi banyak boleh runding).

Manakala ‘nilai’ hartanah pula adalah nombor yang ditentukan hanya melalui penilai (property valuer) dan bank, bukan dari mana-mana orang lain termasuklah penjual tu sendiri.

Sebab itu untuk anda beli hartanah di bawah nilai pasaran, anda perlu buat keputusan besar ni berteraskan data dari pihak dan saluran yang betul. Tak boleh main langgar je dengar nasihat kawan-kawan sekolah, pak sedara sepupu sepapat atau influencer. Pengalaman beli satu rumah tak sama untuk semua orang; jadi penting untuk kita dapat info dari orang yang sepatutnya. Nak berjaya ni kita tak boleh jadi pak turut.

Bagaimanapun, ada masanya penilai / bank yang berbeza akan beritahu anda nilai yang berbeza-beza untuk hartanah yang sama. Mungkin ada yang kata RM700K, ada yang kata RM685K.

Tak salah kalau kita nak rajinkan diri sedikit untuk pergi tiga empat bank berbeza untuk survey. Tapi yang anda kena ingat adalah bank akan beritahu anda nilai hartanah itu untuk HARI INI, bukannya untuk lima, sepuluh tahun akan datang.

beli-rumah

Credit: Terra Carribean

 
MACAM SUSAH JE NAK CARI RUMAH MURAH NI?
 

Sekarang kita dah tahu yang nak cari rumah murah, rumah yang di bawah market value ni bukan benda yang mudah. Sekurang-kurangnya proses yang diperlukan untuk survey, bandingkan harga, pergi showroom, sana sini tu semua akan makan masa berbulan-bulan lamanya. Itu baru dari segi masa, belum kira kos lagi.

So kalau ia satu proses yang rumit, macam mana klien FAR Capital tadi ni mampu beli rumah dengan diskaun 20% – 50% lagi murah dalam tempoh masa yang dekat-dekat? Bukan ke orang lain kena take time berbulan-bulan?

Kalau anda nak tahu, inilah salah satu advantage di FAR Capital di mana anda akan terima Information Advantage yang akan beri anda kemudahan untuk dapat hartanah terbaik di masa sekarang. Biar kami yang bersusah payah scout untuk anda, kerja anda tinggal beli je rumah yang memang sesuai untuk own-stay atau investment.

Ya, dari yang kena ambil masa berbulan-bulan lamanya tadi untuk survey, sekarang semuanya di hujung jadi anda dengan info pack yang disediakan. Tinggal lagi anda ready atau tak je nak beli rumah.

beli-rumah

Tak cukup dengan tu, anda juga akan dapat Knowledge Advantage iaitu kelebihan dari segi ilmu pelaburan, ilmu hartanah terbaik, strategi untuk kurangkan komitmen bulanan dan hutang, formula untuk tambah income 5 angka dalam masa 6 bulan, dan macam-macam lagi.

At least lepas beli hartanah, anda dah tahu flow dan strategi apa nak dibuat dengan rumah yang anda dah beli tu. Sebelum beli dah ada MRO (multiple rental option), dah ada plan A, plan B dan sebagainya.

JADI MACAM MANA SEBENARNYA KAMI BELI RUMAH MURAH?
 

Menjawab persoalan awal tadi, macam mana kami boleh dapat offer hartanah murah adalah melalui kelebihan ‘volume’. Senang cerita nak dapatkan potongan harga menggila sampai 30% – 50%, kita juga perlu buat kerja gila.

Untuk setiap projek, kami di FAR Capital akan membuat rundingan direct dengan pemaju untuk beli unit rumah dalam kuantiti yang banyak atau pukal (biasanya dalam 50 hingga 100 unit) untuk dapatkan harga yang paling rendah untuk klien kami.

Sebelum ini kami pernah kongsikan berkenaan pembelian pukal ni, anda boleh baca di SINI.

Jadi ya, inilah yang membezakan klien FAR Capital dengan orang lain yang beli di sales gallery atau mereka yang buru rumah lelong. Malah ada rumah yang kami dapat harga seakan rumah subsidi macam PR1MA, cuma bezanya kami tak pernah beli rumah kos rendah dan tidak galakkan klien kami untuk labur pada rumah kos rendah. 

Berminat nak tahu lebih lanjut lagi macam mana nak beli rumah tanpa deposit, tanpa down payment dan modal minima ni (boleh jadi sampai tanpa modal!), boleh klik di SINI untuk info lanjut!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.