fbpx

Beli Rumah Pukal Lebih 50 Unit Punca Ramai Anti FAR Capital?

BELI RUMAH HARGA 6-ANGKA LEBIH MURAH? GEBANG LAH NI

 

Selalunya bila kami muat naik cerita kejayaan klien-klien FAR Capital di media sosial, ada yang tak senang hati sebab bagi mereka apa yang diceritakan tu macam tak logik, too good to be true. Mana mungkin orang boleh beli rumah kondo harga rendah sangat sampai boleh dapat cashback lima enam angka? Ingat main Monopoly ke?

Realitinya, mereka yang berfikiran macam ni sebenarnya masih belum faham macam mana FAR Capital beroperasi dan apa peranan kami dalam membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dengan harga yang mereka mampu milik ni.

Kami faham kalau ada yang pelik dan kata macam-macam bila nampak hasil baik klien kami, kerana seperti mereka, kami juga rakyat Malaysia. Kita semua nampak realiti beli rumah di negara ini macam mana sekarang. Dengan harga yang makin tak masuk akal, dengan syarat yang ketat untuk buat pinjaman, dengan bermacam-macam kos tersembunyi sebelum betul-betul dapat kunci rumah. Ia satu proses yang rumit.

Di FAR Capital, benda rumit inilah yang kami nak mudahkan. Kalau hari ini separuh dari rakyat Malaysia akui tak mampu beli rumah sendiri, kita nak cuba ubah semua tu dengan melancarkan urusan lebih ramai orang untuk ada hartanah masing-masing.

beli-rumah

Kredit: Berita Harian

 

MACAM MANA FAR CAPITAL BUAT?

 Macam yang mungkin anda juga tahu, beli rumah bukan satu benda yang mudah. Lagi-lagi nak dapat rumah yang macam kami selalu gembar-gemburkan; rumah tanpa modal, rumah tanpa deposit, rumah dengan 50% diskaun, rumah di bawah harga pasaran. Bila mereka tak faham benda ni, itu yang timbul tanggapan macam-macam tu. Di sini kami nak kongsi macam mana sebenarnya FAR Capital boleh beli rumah dengan murah; iaitu melalui bulk purchase. Bahasa Malaysia-nya; pembelian pukal. Analogi mudahnya; harga ayam yang orang ramai beli di pasar raya tak sama dengan harga ayam yang pemilik perniagaan nasi ayam beli secara direct dengan pembekal ayam. Kalau orang ramai mereka akan beli satu, mungkin paling banyak pun tiga ekor. Yang beli terus dari pembekal ni, akan beli secara banyak; berpuluh-puluh ekor terus untuk kelanjutan bisnes dan dapat harga yang jauh lebih murah. beli-rumah 

Jadi untuk dapatkan harga yang rendah, FAR Capital berunding secara terus dari pemaju untuk membeli secara pukal; dalam lingkungan 50 hingga 100 unit terus yang dibeli oleh klien dengan harga semurah yang kami mampu rundingkan.

Kalau harga yang kita dapat masih tinggi, kita tak akan seal the deal!

KENAPA RAMAI ANTI FAR CAP SEBAB BULK PURCHASE NI?

 Menariknya, ramai juga yang tak puas hati dengan kaedah pembelian pukal kami. Dari sudut pemaju, boleh dikatakan ada yang dah kenal dan akan mengeluh bila nampak kami. Pantang datang je mesti nak beli dan nego rumah dengan harga yang tak masuk akal. Malah ada rumah yang ditawarkan lebih murah dari rumah subsidi seperti Selangorku dan RumaWIP. Ini kerana pelanggan boleh memilih untuk dapatkan rumah landed dengan harga yang lebih kurang je, atau sedikit mahal dari unit condo/apartment yang kami nak beli secara bulk purchase ni. Jika ada pilihan antara apartment dan rumah landed dengan harga yang tak jauh sangat beza, saya pasti lebih ramai orang akan lebih memilih untuk beli rumah landed, kan? Jadi walau kami dibenci, kami tak akan berhenti mencuba untuk didik pemaju berkenaan perkara ini. Supaya lepas ini tak adalah mereka bina kondo tinggi langit tapi letak harga hingga RM800K – RM1j yang kita semua tahu tak ramai orang yang akan mampu untuk beli. Bagi kami, biarlah ramai yang bercakap belakang dan tak suka apa yang kami buat. Asalkan kami terus membuka peluang kepada orang kebanyakkan untuk miliki rumah sendiri di bawah harga median dan tak perlu risau banyak tentang modal. Kalau anda nak dapat kelebihan beli rumah dengan diskaun lebat ini juga, jangan tunggu lagi! Jom jadi salah seorang pembeli rumah pukal kami sekarang. Macam mana? KLIK PAUTAN INI SEKARANG.

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.