fbpx

Elak ‘Penyewa Dari Neraka’ Dengan 5 Langkah Ini

PENYEWA DARI NERAKA ITU BENAR

 

Sebelum ni kita dah kongsi macam mana klien FAR Capital boleh beli rumah murah, tapi rumah sebagai medium; cantik, murah macam mana sekalipun kita still tak akan untung tanpa penyewa yang baik.

Ada empat, lima buah rumah pelaburan pun boleh jadi rugi dan melingkup kalau kita tak pandai cari tenant yang betul-betul berkualiti. Kalau kita nak anggap pelaburan ni ibarat perniagaan, maka kenalah cari seorang ‘customer’ yang betul-betul komited dan setia dengan apa yang kita ada untuk tawarkan.

Tapi macam yang disebut tadi, kalau ada banyak rumah pun tapi kalau semua hauk, mengelat masa nak bayar, banyak alasan, banyak spin sana sini, tiap bulan rumah ada hancur sana sini, memang tak merasa hasil pelaburan tu nanti; silap-silap jadi peleburan. Masa tu nak viral apa pun tak guna dah sebab benda pun dah jadi.

Jadi macam mana kita nak elak dari ‘ter’ambil tenant dari neraka ni? Jom, tengok apa yang anda boleh cuba.

penyewa

1. TAPIS BAKAL TENANT ANDA SEBAIKNYA

 

Ini mungkin tips basic yang 90% investor di Malaysia dah buat; tapi kalau anda pertama kali dengar, mohon ikutlah tips yang pertama ni. Cara paling mudah dan ringkas untuk anda kenal tenant anda adalah untuk tapis mereka sebaiknya. 

Tapis macam mana? Nak tapis tenant ni anda boleh cuba bermacam cara dan minta info dari mereka termasuklah rekod kredit, status pekerjaan dan sejarah menyewa sebelum ini. Nak lagi padu, korang boleh cuba buat background check untuk pastikan bakal penyewa anda tak punyai sebarang rekod jenayah sebelum ni. Takut pula nanti rumah tu kita dah buat cantik-cantik, sekali jadi kucar kacir sebab bakal tenant kita tengah ‘minda tak betul’ atau apa saja,

Bila kita kenal siapa bakal tenant kita, barulah kita dapat tahu keupayaan membayar mereka tu macam mana.

2. CARI/MINTA REFERENCE

Nak ‘korek’ info ni, anda juga boleh minta rujukan daripada landlord sebelum ini; yang boleh beri maklumat sama ada penyewa ni kemampuan membayar dia macam mana, tingkah laku dia sebagai penyewa macam mana. 

Dalam urusan sewaan ni, kita kena ada komunikasi yang jelas serta kepercayaan antara penyewa dan tuan rumah; dan kepercayaan tu bukan datang dengan mudah. Lagi-lagi sekarang ni dah macam-macam kes kita dengar cerita tentang ‘penyewa dari neraka’ di media sosial.

**Tapi bila dah dapat tenant baik, jangan kita jadi ‘landlord dari neraka’ pulak.

3. JUMPA DAN BERBUAL DENGAN BAKAL TENANT

Ini boleh dikira macam ‘interview’ anda dengan bakal tenant sebelum anda setuju untuk sewakan rumah anda pada mereka. Anda boleh jalankan sesi ini secara dalam telefon atau bersemuka depan-depan (lagi baik).

Antara soalan yang anda boleh tanya termasuklah tentang kerja mereka, pendapatan, gaya hidup dan sebab utama kenapa mereka cari tempat baru untuk disewakan. Ini akan berikan kita gambaran yang lebih baik tentang penyewa dan matlamat mereka; sekaligus kita boleh nampak sedikit jika mereka ni orang yang bertanggungjawab untuk kita sewakan rumah kita bertahun-tahun.

4. SEDIAKAN HITAM PUTIH UNTUK SEWAAN YANG JELAS

 

Perjanjian atau kontrak yang comprehensive adalah penting untuk elakkan sebarang salah faham dan konflik dengan penyewa. Antara detail yang anda boleh sertakan adalah berkenaan pembayaran sewa, (tarikh, amaun dipersetujui dll), jumlah deposit, kos dan tanggungjawab penyelenggaraan dan aktiviti yang anda selaku tuan rumah tidak benarkan. 

Contohnya kita tak benarkan penyewa buat renovasi sesuka hati atau ada personal rules yang anda nak aplikasikan, boleh nyatakan siap-siap dalam hitam putih ni. Andai kata tenant anda langgar peraturan ni nanti, sekurang-kurangnya hitam putih dah ada untuk anda ambil apa-apa action seperti surat amaran dan tindakan undang-undang, jika perlu.

5. KEKALKAN KOMUNIKASI TERBUKA

Pastikan komunikasi anda dengan tenant tak putus; dan tak terhad sekadar bayar-terima sewa je tiap bulan. Galakkan mereka untuk hubungi anda jika ada sebarang isu atau masalah, tak kiralah kecil atau besar.

Anda juga boleh jadi ‘tuan rumah dari syurga’ dan jaga kebajikan tenant anda sebaiknya; tanya jika semua kemudahan di rumah tu masih berfungsi dengan baik, tanya khabar dan ambil berat tentang peribadi mereka. Dengan ini, kita boleh bina bonding dengan tenant, dan tenant pun tak serabut kalau kita tanya keadaan rumah tu macam mana. Nak lagi advanced, anda boleh buat pemeriksaan berkala setiap enam bulan sekali untuk periksa keadaan rumah pelaburan kita tu.

Manusia ni subjektif. Tak ada seorang pun yang boleh jamin mereka adalah penyewa yang baik, dan kita pun tak ada cara untuk pastikan benda tu. Sebaik mana pun penyewa kita tu, lambat laun mesti akan ada satu atau dua momen yang menimbulkan konflik antara dua pihak ni. Kes paling tipikal sekali biasanya tentang bayaran lah. 

Ada masa yang kita kena bertoleransi; sebab kita pun sama manusia. Masalah duit ni bukan masalah mereka saja, malah kita pun sentiasa ada isu yang sama. Lebih separuh rakyah Malaysia turut ada isu yang sama.

Sebab tu di FAR Capital, fokus kami bukan saja pada nak semua orang beli rumah secepat mungkin, tapi untuk bantu rakyat Malaysia untuk capai financial freedom; tambah income aktif, pasif dan hustle serta bebaskan diri dari beban hutang.

Kalau nak ‘test drive’, tak ada masalah sebab memang kita offer webinar PERCUMA je. Jadi jom, daftar sekarang dan kalau anda buat apa yang diajar, lihat saja macam mana hidup anda boleh berubah lagi 12 bulan.

DAFTAR DI SINI SEKARANG.

    Comments are closed

    Solutions
    ©2024 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.