fbpx

6 Sebab Kenapa Loan Rumah Susah Lulus Untuk Business Owner

BUSINESS OWNER GOLONGAN TERSAKITI MASA BUAT LOAN RUMAH?
 

Siapa kata kena reject dengan crush je boleh sakit hati, boleh tersakiti? Kena reject loan  rumah dengan bank lagi sakit hati tau. Bayangkan, kita dah rasa ready sangat nak beli hartanah ni; sekali bank cakap permohonan kita tu ditolak. Sebab apa? Sebab kita ni run business, bukan kerja yang makan gaji, ada income tetap tiap bulan.

Masalah ni juga terjadi dengan mereka yang bekerja dalam pecahan ekonomi gig; yang jadi rider, yang bawak kereta jadi e-hailing. Mereka semua juga tak ada income tetap. Nak tanya documentation untuk beli rumah, memang payah nak cari. Ada antara mereka yang tak ada slip gaji pun.

Jadi macam mana, takkan nak give up, kan? Pulun kerja lebih masa, struggle nak naikkan bisnes di masa sekarang, tapi last-last nak beli rumah pun tak lepas. Frust, kan? Yang ada income bulanan boleh beli rumah modal rendah, beli tanpa modal, habis yang tak ada ni tak boleh buat benda sama ke?

Sebelum kita cuba untuk bagi solusi terhadap masalah ni, apa kata kita ambil satu langkah ke belakang kejap dan fikir; kenapa loan kita susah lulus? Padahal bukan kita tak pernah nampak sebelum ni ada je business owner beli rumah; siap beli 2, 3 bijik lagi untuk invest. 

Golongan tersakiti sekalian, jom kita tengok 6 sebab ni. 

loan-rumah
1. BISNES BELUM CUKUP UMUR MASUK TADIKA LAGI
 

Kebanyakkan bank dan institusi kewangan ni akan letak syarat minimum at least dua tahun dalam perniagaan untuk pemohon pinjaman. Katalah business anda masih dalam peringkat awal; baru setahun lebih, maka kemungkinan untuk permohonan anda kena reject tu agak tinggi; walaupun perniagaan anda maju dan dapat keuntungan yang banyak.

Bergantung pada bank juga sebenarnya. Kadang ada juga bank yang tak kisah kalau bawah dua tahun sekalipun, cuma mungkin anda akan tertakluk kepada penelitian yang lebih ketat.

2. DOKUMEN SAHKAN INCOME SERBA SERBI TAK LENGKAP
 

Untuk individu yang bekerja sendiri atau business owner, pendapatan mereka tidaklah konsisten macam mereka yang ada gaji bulanan, ada slip gaji setiap bulan. Ini akan jadi masalah sebab bank akan perlukan dokumentasi pendapatan perniagaan yang lengkap, teratur dan cukup untuk buktikan yang anda boleh bayar semula tiap bulan.

Part ni akan jadi agak mencabar untuk sesetengah pemohon yang mungkin berniaga kecil-kecilan dan mempunyai dokumentasi yang kurang sistematik berbanding pemilik perniagaan besar atau mereka yang makan gaji.

3. TAK BERAPA FAHAM PASAL LOAN ELIGIBILITY
 

Kebanyakkan kes loan rumah kena reject ni biasanya atas satu sebab; belum betul-betul faham kriteria kelayakan untuk pinjaman perumahan (yang mana akan berbeza berbanding mereka yang ada pendapatan tetap).

Ada juga kes yang mana sebelum ni mereka dah pernah beli aset mahal yang mereka sendiri struggle nak bayar tiap bulan, lagilah susah bank nak percaya yang kita ni mampu bayar installment. Itu yang jadi loan eligibility tak cukup nak beli rumah idaman tu.

4. BISNES JALAN TAPI CUKAI TAK BAYAR
 

Gagal bayar cukai secara on time boleh beri kesan besar kepada permohonan loan kita tu. Bank akan semak skor kredit kita dan sejarah pematuhan cukai; nak tengok sama ada kita ni bayar ke tak cukai yang sepatutnya. 

Untuk kes ni, disarankan untuk mohon loan lepas dah ada 3 tahun tax declaration dari LHDN; yang akan jadi ‘3rd party endorsement’ terhadap income syarikat anda. Lagi lebih anda bayar cukai, lagi tinggi income anda di mata bank.

loan-rumah

5. PAY SLIP TAK DAPAT ‘RESTU’ BANK
 

Macam yang kita tahu, bank punya syarat ni agak strict bila kita nak buat pinjaman ni. Untuk yang takde sumber pendapatan tetap macam business owner dan gig worker, mungkin akan jadi satu cabaran bila anda tak ada slip gaji, atau kalau bank anggap slip gaji anda tu ‘tak laku’.

6. TAK APPROACH BANK YANG BENAR
 

Bukan semua bank akan penuhi keperluan business owner; dan penting untuk kita selidik terlebih dulu bank mana yang boleh bagi kepentingan yang bersesuaian dengan kita dan lebih pakar dalam bidang ni.

Apply pada bank yang salah hanya akan mendatangkan kekecewaan ke kita; dan kita tak dapat apa selain buang masa dan kini dah ada rekod loan kena reject. Tak nak kan? Jadi penting untuk kita research dulu sebelum mohon, okay?

So kesimpulan dia apa, guys? Kesimpulan dia, apa saja kerja kita; makan gaji, buka bisnes atau kerja sendiri, nak beli rumah ni memang satu proses yang kompleks, yang rumit. 

Bila kita pula jenis bekerja sendiri, itu ini serba takde, income tak konsisten, maka bank pun mestilah banyak benda nak kena evaluate; kita ni layak ke tidak dapat loan, boleh ke tidak kita bayar installment bulan-bulan tu. Bukan murah, tau.

Tapi untuk rakyat Malaysia, yang rumit inilah kita nak mudahkan sebenarnya. Kita sedaya upaya dalam matlamat kita nak mudahkan dan bolehkan pemilikan hartanah untuk sebanyak rakyat Malaysia yang boleh.

Kalau anda boleh relate dengan semua sebab dia atas, dan anda rasa ‘terpanggil’, dengar suara dari langit yang suruh anda untuk tak putus asa untuk beli rumah, apa yang kami tawarkan adalah sesuatu yang akan tepati keperluan anda.

Malah dari 20,000+ orang klien kami, ribuan daripada mereka juga terdiri daripada business owner. Mereka awalnya datang ke webinar kami, genuinely nak tambah ilmu dalam property investment dan tambah income. Hari ini, ada di antara mereka yang dah dapat kunci rumah ketiga pun. Minat nak tahu lebih lanjut? Klik LINK DI SINI DAN DAFTAR SEKARANG! Free je!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.