fbpx

4 Cara Bayar Hutang Tanpa Perlu Korban Masa Buat Kerja Lebih

KLIEN FAR CAPITAL RAMAI YANG KAYA-KAYA KE BOLEH BAYAR HUTANG LUMP SUM?

 

Ramai yang kata klien FAR Capital ni ramai yang terdiri dari orang-orang kaya. Gaji dah sedap, dah lima enam angka dan tak pernah terikat dengan komitmen yang banyak. Ironinya, ramai juga klien kami yang daftar untuk perbetulkan kewangan mereka dan cari jalan untuk bayar hutang.

Kalaulah betul mereka semua orang senang, mesti mereka tak ada masalah untuk bayar hutang lima enam angka. Pasti mereka tak perlu pun panduan dari kami. Tapi realitinya berbeza. Bukan semua orang di FAR Capital ni kongsi tujuan nak beli rumah banyak-banyak je.

Ada antara klien kami yang hutang banyak sangat sampai dipanggil oleh AKPK, ada yang hampir jual rumah pelaburan sebab nak hantar anak masuk universiti, ada yang buat e-hailing sampai tertidur dalam kereta sebab penat sangat.

Tapi ada juga yang kata kami ni menambah masalah sebab buat hutang baik untuk bayar hutang jahat. Hutang tetap hutang, kata mereka.

Walhal mereka tak tahu klien kami ada yang dulu komitmen hingga RM3-4K sebulan tapi hari ni dapat langsai tanpa perlu buat dua-tiga kerja pun. Macam mana, anda tanya?

1. KITA BUAT HUTANG, ORANG LAIN BAYARKAN

Ni kaedah apa ni? Kena paksa orang lain bayarkan hutang kita ke macam mana?

Bukan macam tu, takde istilah paksa-paksa kat sini. Yang ada kat sini cuma strategi yang mantap untuk kita rancang hutang kita tu biar kita tak perlu keluar duit sendiri untuk bayar.

Dengan hartanah yang tepati 7 kriteria dan strategi sewaan yang baik, kita akan mampu jana positive cash flow setiap bulan.

Yang dimaksudkan dengan orang lain bayar hutang kita adalah positive cash flow ni kita boleh buat bagi cukup untuk tampung bayaran installment kita. Dapat tanggung at least 70% pun dah cukup baik, apatah lagi dapat cover 100%.

2. BELI RM 400,000, JUAL BALIK RM450,000

Ada orang kata harga rumah bukan semuanya naik pun. Jawapan kami, kalau beli rumah tak ikut 7 kriteria, malah kita sendiri pun tak faham apa yang kita beli, maka itulah ‘ubat’nya.

Realitinya, kalau kita beli rumah di tempat yang betul, statistik dah jelaskan yang harga rumah dari tiga dekad sebelum ini melonjak hingga 450%!

Senang cerita, nilai RM10 hari ini pun dah banyak beza dari 10 tahun lepas. Macam tu juga dengan hartanah.

Katalah hari ini kita beli rumah dengan nilai RM400,000. Lepas 5 tahun, nilainya melonjak hingga RM450,000. Untung modal RM50,000 dalam tangan kalau anda decide untuk jual balik.

Walau rancangan ini jangka masa panjang, tapi dengan RM50,000 yang kita dapat tu tak mustahil kita boleh guna untuk bayar semua hutang kita secara lump sum.

bayar-hutang

3. BELI RUMAH DAPAT BALIK DUIT LIMA ANGKA

Macam mana kita nak beli rumah tanpa modal, siap dapat balik duit kita hingga lima angka?

Strategi beli rumah untuk dapat cashback ni biasanya penjawat awam yang guna melalui bantuan LPPSA; pinjaman penuh 100%.

Untuk yang tak kerja kerajaan, boleh cari rumah dengan harga jauh di bawah nilai pasaran, tapi tak begitu mudahlah kalau tak ada sumber yang betul.

Ramai yang tak cadangkan kita ambil cashback, tapi bagi kami kalau digunakan dengan betul, tak jadi masalah kalau nak kurangkan komitmen bulanan. Setidak-tidaknya takdelah komitmen tu sampai cecah RM4K tiap bulan.

Cashback ni ibarat serampang dua mata; kalau tak guna sebaiknya itu yang buat makan diri. Macam kes pasangan pelabur beli 10 biji hartanah di Cyberjaya dan dapat cashback RM2 juta. Last-last, dua -dua muflis sebab guna cashback 7 angka tu untuk masuk skim cepat kaya.

Kesimpulannya; tetapkan matlamat, take stand atas apa yang anda laburkan dan gunakan cashback sebaiknya.

4. REFINANCING

Untuk pemilik rumah 5 tahun ke atas tapi masih struggle tanggung komitmen tiap bulan, refinancing boleh jadi jalan keluar untuk anda bayar hutang secara lump sum.

Tapi nak buat refinancing ni kena rajin sikitlah keluar survey pada bank yang berbeza untuk dapatkan nilai terbaik rumah anda; paling tinggi boleh dapat hingga 90%.

Untuk orang yang nak satukan hutang 5-6 angka terdiri dari macam-macam jenis komitmen, ini opsyen yang sesuai untuk anda.

Sebelum tu kena ambil tahu juga, layak atau tak hartanah tu dibuat refinancing. Untuk mereka yang tak terbeban sangat dengan hutang, cash flow rumah semua okay, boleh tidur tiap malam tak fikir pasal komitmen, maka tak perlulah anda refinance rumah tu. Boleh jadi tak berbaloi untuk anda. Untuk penjelasan lanjut tentang refinance boleh klik gambar di bawah.

bayar-hutang

Dengan empat cara ni, harapnya tamatlah zaman pening kepala anda yang bergelut nak bayar komitmen tiap bulan. Tidur malam pun lebih selesa, memikirkan yang kita at least dah ada exit plan untuk hidup bebas hutang.

Ilmu bayar hutang ni kalau tahu secara teori macam hari ini pun, banyak lagi yang kita kena gali dan belajar lebih dalam. Lagi best kalau kita dengar sendiri pengalaman dari orang yang pernah buat.

Dan kat sini kami memang nak kongsi lebih detail lagi, PERCUMA je. Berminat? Tak usah tunggu lama-lama. Klik pautan INI SEKARANG!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.