Sebelum ni kita dah tengok 7 KRITERIA hartanah yang kita kena consider sebelum beli rumah untuk investment, kan? Sekarang ni kita nak bincang pula apa kriteria yang kena ada sebelum kita beli rumah untuk own-stay atau duduk sendiri ni.
Macam yang kita tahu, hartanah ni adalah aset jangka masa panjang, jadi confirmlah kita nak beli yang terbaik dan boleh datangkan manfaat kat kita sebanyak mungkin, kan? Jadi untuk kes beli rumah untuk ‘own-stay’ ni, memang penting untuk kita consider beli rumah yang menjamin keselesaan kita, yang kita boleh tinggal hingga berbelas, berpuluh tahun akan datang.
Antara benda yang anda kena consider termasuklah lokasi, kejiranan, kemudahan di sekitar rumah, dan bajet. Walaupun benda ni basic, tapi asas untuk tentukan lokasi, kemudahan dan lain-lain faktor ni berbeza dengan kalau kita beli untuk investment.
Beli untuk pelaburan, kita kena banyak consider apa yang bakal tenant kita nak; tapi untuk own-stay, kita kena tahu betul-betul keperluan kita pulak; apa yang kita perlukan, kawasan macam mana yang kita nak spend 10-20 tahun akan datang dll.
Jadi untuk own-stay, ada 3 kriteria yang kita kena pastikan ada kalau kita masih nak buat untung dengan rumah tu walaupun kita akan duduk situ. Nak tahu macam mana, jom baca sampai habis!
Kriteria pertama yang kita kena ambil tahu; adakah rumah yang kita nak beli ni boleh untung kalau jual balik.
“Aik, tadi bukan baru kata nak beli rumah untuk duduk berpuluh tahun ke?”
Betul, tapi kita sentiasa tak boleh baca apa yang bakal jadi pada diri kita di masa depan nanti; dan beli rumah bukanlah sesuatu yang kita boleh achieve hanya dengan seribu dua ringgit je.
Kemampuan untuk hartanah tu dijual semula dengan harga yang tinggi di masa depan adalah satu pertimbangan yang penting kerana ia akan beri fleksibiliti kepada kewangan kita dan boleh jadi satu aset yang membawa pada sumber pendapatan kita nanti.
Semasa pilih rumah yang boleh dijual, penting untuk anda ambil kira faktor seperti lokasi; adakah kriteria rumah tersebut cukup untuk nilainya naik lagi 5 ke 10 tahun akan datang, adakah permintaan pasaran rumah tu boleh bagi saingan yang padu terhadap hartanah lain di sekelilingnya, adakah nilai yang kita nak beli hari tu berbaloi dengan dua faktor tadi; dan adakah harganya akan naik atau susut nanti? Banyak persoalan yang kita kena fikir awal sebelum beli rumah ni.
Andai kata rumah yang kita beli tu (contohnya rumah apartment atau kondo) ada pengurusan yang baik, dijaga sentiasa, kejiranan pun semua best, terletak pun berdekatan tempat-tempat penting macam pusat bandar atau kemudahan lain, maka tak mustahil untuk kita dapat capital gain hingga RM100,000 – RM200,000 bila dijual balik kena pada masanya.
2. BOLEH SEWA
“Kata rumah own-stay, kenapa nak sewakan kat orang pulak?”
Haa, ini yang dimaksudkan dengan buat duit dengan rumah walaupun beli untuk own-stay. Siapa kata kalau beli rumah duduk sendiri kita tak boleh nak agih sedikit bahagian untuk kita generate duit? (Kecuali kalau anda beli rumah subsidi kerajaan yang memang ada rule tak boleh sewakan kat orang lah.)
Kelebihan beli rumah own stay yang boleh siap sewa kat orang ni boleh dijadikan pendapatan pasif kita untuk bantu sedikit (banyak, sebenarnya) untuk kita tanggung kos untuk miliki rumah sepenuhnya. Katalah tiap bulan bayar installment RM1,600 tiap bulan, rumah ada banyak bilik yang kita boleh bagi sewa; jumlah terkumpul dapat RM1,150. So kita hanya bayar RM450 je ansuran rumah tiap bulan. Untung, kan?
Tapi kalau nak beli rumah yang boleh duduk, boleh jual, boleh sewa ni bukan mudah. Kita kena jugalah buat research yang mendalam tentang bakal prospek, pasaran sewaan di situ, boleh untung tak bila buat sewa dan lain-lain faktor lagi.
Contoh hartanah yang baik untuk disewakan ni dah tentulah apartment/condo di tengah-tengah pusat bandar; di mana ada ribuan peluang pekerjaan dan dekat dengan public transport. Bakal prospek yang kita mungkin dapat biasanya terdiri dari mereka yang bujang, belum ada komitmen dengan pasangan dan masih mencari duit di bandar.
Yang berkeluarga dah tentu-tentulah tak nak cari rumah sewa yang mana tuan rumah duduk sekali, kan? So mereka yang dah berkeluarga, fokus cari rumah yang boleh jual dan boleh duduk sajalah, ya?
Sekarang kita pergi ke kriteria yang utama; dah tentulah kita nak beli rumah yang kita boleh duduk dengan selesa berpuluh tahun akan datang, kan? Sebelum beli, kita kena pastikan rumah tu mampu beri kita satu suasana yang selesa, selamat dan bakal menepati keperluan kita dan keluarga yang bakal duduk di dalamnya.
Sebab tu masa nak pilih untuk beli hartanah own-stay ni, penting untuk anda ambil kira faktor seperti lokasi yang strategik; kejiranan yang baik, dekat dengan sekolah, dekat dengan kedai atau supermarket, dekat dengan public transport dan macam-macam lagi.
Selain tu, kualiti keseluruhan hartanah pun perlu diambil kira juga. Contohnya kalau kita bawa keluarga yang ada anak kecil, dah tentulah kita tak akan beli hartanah bertingkat yang tak ada ciri balkoni yang selamat, kan? Atas faktor keselamatan juga, banyak yang memilih untuk cari rumah yang lengkap dengan pegawai keselamatan, pintu berpagar dan kawasan yang banyak CCTV.
Biasanya orang akan susah cari rumah macam yang disebut ciri-cirinya dalam kategori boleh duduk ni; sebab apa? Sebab harganya biasanya tak mesra marhaen. Entah kat manalah nak cari rumah yang ada semua ni; lokasi yang strategik, kejiranan yang baik, keselamatan yang terjamin dan kemudahan serta keselesaan ekslusif untuk hidup solo mahupun berkeluarga.
Memilih hartanah untuk own stay ni sememangnya perlukan pertimbangan yang sangat detail terhadap tiga-tiga kriteria ni. Dengan mengetahui potensi sebenar hartanah kita untuk dijual, disewa dan memberikan persekitaran hidup yang selesa untuk duduk sendiri, kita akan dapat beli rumah yang terbaik dan masih boleh kukuhkan keadaan kewangan kita, walaupun ini rumah pertama yang dibeli.
Tapi sekarang berbalik ke persoalan sebenar; kat mana kita boleh cari rumah yang complete tiga-tiga kriteria yang dibincang tadi ni?
Macam yang anda sendiri mungkin dah tahu, nak beli rumah yang berbaloi di kawasan bandar (terutamanya Lembah Klang) ni bukanlah satu tugas yang mudah. Kebanyakkannya memang akan tekan harga kaw-kaw dan luar dari kemampuan purata penduduk sesebuah kawasan tu sendiri. Stress, dah bertahun-tahun duduk situ tapi masih tak ada rumah sendiri dan terpaksa menyewa! Siapa kata tak teringin nak beli rumah own-stay sendiri? Kalau anda ada masalah ni, mungkin kami boleh bantu selesaikannya. Nak beli rumah pertama dengan diskaun hingga 30%? Ya, dengar macam tak logik, tapi inilah keajaiban yang kita kecapi di FAR Capital. Orang lain beli harga RM800,000, kita beli unit sama harga RM650,000 atau lebih rendah pun ada! Berminat? KLIK SINI DAN DAFTAR WEBINAR PERCUMA SEKARANG!