Sebelum kita berbincang tentang strategi beli rumah, mari kita dengar cerita tentang Ali. Ali adalah seorang pelabur hartanah yang berjaya membeli rumah pelaburan tahun lepas. Namun, pembelian itu menyebabkan kelayakan pinjamannya terhad kepada 70% Loan-to-Value (LTV). Tidak pasti apa itu LTV? Lihat gambar di bawah untuk penjelasan.
Ketika ini, Ali menghadapi kesukaran untuk membeli rumah seterusnya. Namun, apa yang membuatkan Ali berasa hairan ialah salah seorang kenalannya yang membeli rumah pada tahun yang sama masih mampu membeli rumah baru sekarang.
Ali tertanya-tanya, bagaimana kenalannya itu boleh melakukannya? Bukannya kenalannya itu seorang jutawan atau anak Dato’. Setelah selidik, Ali mendapati kenalannya adalah klien FAR Capital. Walaupun begitu, persoalan Ali masih belum terjawab.
Jadi, apa yang membezakan Ali dan kenalannya? Apa beza melabur dengan FAR Capital dan tanpa FAR Capital?
Kenalannya memiliki kelebihan dalam informasi, pengetahuan, dan harga. Kelebihan ini hanya dinikmati oleh klien FAR Capital, yang mana kami gelarkan sebagai Unfair Advantage (UA).
Ketika LTV terhad kepada 70%, FAR Capital menyediakan pelbagai pendekatan untuk memastikan klien masih mampu membeli rumah kedua atau ketiga tanpa modal besar. Berikut adalah bagaimana kami bantu:
FAR Capital menggunakan pangkalan data eksklusif untuk mencari hartanah dengan potensi pelaburan yang tinggi, tetapi dijual pada harga jauh di bawah nilai pasaran.
Untuk klien yang telah memiliki hartanah sebelumnya, FAR Capital membantu menyusun semula kewangan mereka dengan refinancing. Langkah ini membolehkan mereka:
Bagi kakitangan kerajaan, FAR Capital memanfaatkan kemudahan LPPSA, di mana klien dapat membeli rumah dengan pinjaman penuh 100%, tanpa modal permulaan.
FAR Capital memastikan setiap pembelian hartanah mempunyai potensi cash flow positif melalui sewaan. Dengan aliran tunai positif ini, klien boleh menggunakan hasil sewaan untuk menampung ansuran bulanan.
Ya, walaupun LTV 70% sedikit sebanyak menghadkan kelayakan pinjaman, dengan harga hartanah yang betul dan strategi pelaburan yang tepat, FAR Capital membantu klien membeli rumah kedua tanpa memerlukan modal besar, malah TANPA MODAL dalam banyak kes.
Dengan diskaun eksklusif hingga 30% yang khas untuk klien FAR Capital, kelayakan LTV 70% tidak lagi menjadi penghalang. Harga rendah dan pelan strategik membolehkan klien mendapatkan hartanah seterusnya tanpa beban kewangan tambahan.
Hartanah yang ditawarkan FAR Capital bukanlah rumah kos rendah atau subsidi kerajaan seperti RumaWIP atau Rumah Selangorku. Kami juga tidak menggalakkan pelabur menggunakan rumah-rumah ini untuk pelaburan kerana ia dikhaskan untuk mereka yang benar-benar memerlukan.
Sebaliknya, hartanah yang dipilih adalah dari kawasan tier tinggi yang mampu memberikan pulangan pelaburan yang menguntungkan. Contohnya:
FAR Capital menyediakan proses menyeluruh atau end-to-end yang melibatkan:
Dengan pendekatan ini, LTV 70% tidak lagi menjadi masalah. FAR Capital memastikan klien mereka sentiasa berada di hadapan dalam pasaran hartanah.
Jika anda mahu mendengar pengalaman mereka yang berjaya menggunakan strategi ini, jangan tunggu lagi. FAR Capital telah membantu ramai klien mencapai impian pelaburan hartanah mereka. KIik gambar di bawah untuk sertai webinar percuma kami, dan belajar sendiri bagaimana anda boleh dapat kelebihan ini juga!