fbpx

Step Fast Financing: Shortcut Beli Rumah Walau Banyak Hutang?

STEP FAST FINANCING NI APA?

 

Mungkin ada yang kata hanya orang loaded, gaji lebih RM6K je boleh mula fikir untuk beli rumah. Yang income tak banyak dan terikat dengan komitmen ni banyak benda nak kena fikir; dengan modal banyak, kebarangkalian loan tak lepas, macam-macam lagilah.

Tapi mungkin ramai juga yang tak tahu sekarang ni banyak initiatif yang membolehkan kita beli rumah tanpa perlu modal yang besar. Salah satu adalah anda boleh cuba buat step fast financing.

Step fast financing merujuk kepada pinjaman yang akan menampung kos awal pembelian hartanah, seperti down payment dan kos penutup. Senang cerita, siapa yang minta untuk buat step fast financing ni akan ditampung kebanyakkan kos awalnya; tak perlu bimbang tentang down payment atau kos penutup. Yang penting, seperti pembeli rumah lain, peminjam kemudiannya hanya perlu buat bayaran bulanan kepada bank.

Step fast financing untuk beli hartanah boleh jadi pilihan yang menarik bagi peminjam yang tak ada simpanan yang cukup banyak atau kredit yang diperlukan untuk tepati kriteria pinjaman rumah.

Yang baiknya di peringkat awal. Walau bagaimanapun, jenis pinjaman ini boleh datang dengan interest yang lebih tinggi dan pembiayaan jangka pendek berbanding pinjaman rumah tradisional. Jadi sebelum anda decide untuk buat step up financing, ini adalah antara benda yang anda kena consider.

step fast

PROS DAN CONS UNTUK STEP UP FINANCING

Apa yang perlu dititik berat? Jom kita tengok satu per satu pro dan con untuk peminjam. Kita mula dengan PROS dulu:

1. Akses Mudah Untuk Beli Rumah Modal Rendah

Step fast financing boleh diperoleh dengan mudah, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk peminjam yang nak cepat dapat modal untuk beli hartanah hari ini; mungkin kerana takut naik harga lagi 3 – 4 tahun.

2. Fleksibiliti

Inisiatif ini boleh digunakan untuk membiayai pelbagai jenis hartanah; termasuklah komersial, rumah own stay atau rumah pelaburan.

3. Syarat Kredit Yang Rendah

Proses awal peminjam step fast mungkin lebih tertumpu kepada keupayaan peminjam untuk bayar semula pembiayaan tu berbanding skor kredit mereka, menjadikannya pilihan yang efisyen untuk peminjam dengan rekod kredit yang tak sempurna.

step-fast

 

Apa pula CONS untuk step up financing dalam pembelian hartanah ni?

1. Interest Dan Yuran Yang Lebih Tinggi

Pinjaman step fast boleh datang dengan faedah dan yuran yang lebih tinggi berbanding pinjaman rumah tradisional; menjadikannya lebih mahal dalam jangka masa panjang.

2. Pembiayaan Jangka Pendek

Inisiatif ini biasanya sesuai untuk pembiayaan jangka masa pendek, sebab faedah yang tinggi menjadikannya mahal untuk membawa pinjaman jangka masa panjang.

3. Risiko Default

Andai kata peminjam tak mampu nak kemukakan bayaran bulanan mereka, ada kebarangkalian untuk dikenakan default pinjaman yang berpotensi mengakibatkan kehilangan hartanah mereka, serta kerosakan pada skor kredit peminjam.

4. Pilihan Pinjaman Yang Terhad

Untuk step fast financing ni, opsyen yang kita ada tu terhad dan susah untuk kita cari yang sesuai dengan keperluan kita; lagi-lagi kat Malaysia ni. Jom kita get through benda ni.

 

STEP FAST FINANCING DI MALAYSIA?

 

Di Malaysia, Affin Bank menawarkan konsep ini melalui inisiatif ‘Affin Home Step Fast’ yang menawarkan penyelesaian pembiayaan hartanah baru dengan harga minimum RM200,000.

 

 

Yang menarik tentang inisiatif Affin Bank ini adalah anda dibenarkan untuk bayar interest saja untuk 5 tahun pertama membiayai rumah tersebut. Installment semua belum mula lagi; dan anda hanya akan mula bayar lepas 5 tahun menghuni rumah tersebut.

Opsyen ini boleh dikira bermanfaat untuk first home buyer yang tak ada modal besar dan perlukan masa untuk stabil dari segi nak bayar installment. Antara kelebihan lain yang ditawarkan Affin Bank ni termasuklah:

  •  Margin pinjaman hingga 95%
  •  Pengecualian dari tempoh lock-in dan yuran penyelesaian awal
  •  Tempoh pinjaman maksimum bagi inisiatif ini untuk 30 tahun atau pada usia 70

CARA LAIN UNTUK BELI RUMAH DENGAN MODAL RENDAH/TANPA MODAL

Mungkin step fast financing bukanlah pilihan yang sesuai untuk semua orang. Walaupun dengan modal permulaan yang rendah untuk 5 tahun pertama, tapi kalau beli hartanah yang salah pun akan berisiko juga sebab susah nak dapat untung positive cash flow nanti.

Bagi mereka yang dah ada perancangan terperinci macam mana mereka nak manfaatkan Step Fast tu, tak ada masalah. Asalkan kita tahu yang kita tak akan rugi 10 tahun akan datang. Tapi yang masih berdolak dalih ni, adakah anda rasa ini pilihan terbaik untuk anda?

Risiko membeli rumah adalah risiko 6 angka. Salah beli, kita yang ternganga nanti. Jadi untuk mereka yang was-was tapi nak beli rumah modal rendah, ada cara lain yang boleh anda manfaatkan.

Di FAR Capital, kami sentiasa buat tapisan awal terhadap hartanah yang dibeli oleh klien; memastikan yang rumah tersebut betul-betul murah dan di bawah nilai pasaran sampaikan boleh dapat cashback 5, 6 angka tapi masih boleh buat positive cash flow setiap bulan.

Bukan seorang dua klien FAR Capital dah capai benda ni, tapi RIBUAN klien kami kini berpeluang beli hartanah yang mereka pun tak sangka mereka mampu beli; tanpa skim dan tanpa subsidi. Dahsyat tak dahsyat?

Berminat? Jom klik PAUTAN INI dan daftar segera!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.