Step Fast Financing: Shortcut Beli Rumah Walau Banyak Hutang?

Mungkin anda rasa hanya orang bergaji besar boleh mula fikir beli rumah. Yang berpendapatan sederhana, dengan komitmen bulanan yang tinggi, mungkin rasa jauh lagi nak capai impian beli rumah pertama.

Namun realitinya, dengan perancangan dan strategi yang betul, ada banyak inisiatif yang membantu anda beli rumah dengan modal permulaan rendah — salah satunya ialah Step Fast Financing

STEP FAST FINANCING NI APA?

Step Fast Financing bermaksud pembiayaan yang menampung kos awal pembelian hartanah — seperti down payment dan kos penutup. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu keluar deposit yang besar seperti konvensional.

step-fast-financing

Bagaimana ia berfungsi?

  • Bank akan membiayai sebahagian besar kos awalan.
  • Anda hanya perlu sediakan bayaran minimum seperti yuran guaman atau kos kecil.
  • Bayaran ansuran bulanan bermula selepas anda mengambil kunci rumah.

Kenapa ia dicipta?

  • Membantu pembeli rumah pertama.
  • Mengurangkan beban entry cost.
  • Mempercepatkan pemilikan rumah di kalangan M40 dan B40.

Namun, penting untuk diingat, Step Fast Financing bukan tanpa risiko. Struktur pembiayaan ini biasanya disertai dengan kadar faedah lebih tinggi dan komitmen jangka masa pendek.

APA KELEBIHAN GUNA STEP FAST FINANCING?

1. Akses pantas kepada pemilikan rumah

  • Tiada halangan besar dari segi deposit.
  • Boleh ambil peluang pasaran hartanah sebelum harga naik.

2. Fleksibiliti penggunaan

  • Sesuai untuk pelbagai jenis hartanah: own stay, pelaburan, komersial.
  • Sesuai untuk hartanah under-construction atau siap dibina.

3. Syarat kredit lebih longgar

  • Fokus lebih kepada kemampuan bayar, bukan sekadar CCRIS bersih.
  • Peluang untuk golongan muda membina profil kredit.

4. Harga beli dikunci awal

  • Sesetengah skim membolehkan anda lock harga hartanah semasa apply, mengurangkan risiko kenaikan mendadak.

APA KEKURANGAN GUNA STEP FAST FINANCING?

1. Kos keseluruhan lebih tinggi

  • Faedah yang lebih tinggi berbanding pinjaman konvensional.
  • Yuran pemprosesan dan kos tersembunyi mungkin ada.

2. Risiko cash flow negatif

  • Jika hartanah tidak memberi pulangan sewaan yang cukup tinggi, anda mungkin perlu tampung daripada poket sendiri.

3. Risiko default

  • Bayaran bulanan tetap wajib walaupun projek hartanah belum siap.
  • Jika gagal membayar, berisiko di-blacklist dan hartanah dilelong.

4. Pilihan bank dan produk terhad

  • Tidak semua bank menawarkan skim ini.
  • Perlu memilih projek yang berdaftar dengan bank berkenaan.

STEP FAST FINANCING DI MALAYSIA (2025)

Affin Home Step Fast

Affin Bank menawarkan “Home Step Fast” yang:

  • Membolehkan anda membayar faedah sahaja selama 5 tahun.
  • Memberi margin pembiayaan sehingga 95% (tertakluk kelulusan).
  • Tiada lock-in period (boleh jual atau refinance bila-bila).
  • Tempoh pinjaman sehingga 30 tahun atau sehingga umur 70 tahun.

Nota 2025: Ada ketatkan DSR (Debt Service Ratio) bermula pertengahan 2024. Pastikan semak kelayakan betul-betul.

step fast

Selain Affin, beberapa bank lain kini turut menawarkan varian skim step-up financing. Persaingan ini bagus untuk pembeli, tapi memerlukan penilaian teliti dari segi T&C (terms & conditions).

BILA WAKTU YANG SESUAI GUNA STEP FAST FINANCING?

  • Bila anda yakin rumah tersebut di bawah harga pasaran.
  • Bila anda sudah ada exit strategy selepas 5 tahun.
  • Bila anda faham cash flow property dan potensi sewaan.
  • Bila anda perlukan “breathing space” sebelum komitmen penuh.

STRATEGI MENANGANI RISIKO STEP FAST FINANCING

Step Fast Financing memang membantu, tetapi kalau silap langkah, boleh makan diri:

  • Elakkan over-commitment: Jangan beli rumah yang bayaran akhirnya anda tak mampu bayar.
  • Buat analisis cash flow: Pastikan rumah boleh disewakan lebih tinggi dari installment bulanan selepas 5 tahun.
  • Ada exit plan: Jual, refinance, atau sambung sewa sebelum beban bulanan jadi terlalu tinggi.

ALTERNATIF: BELI RUMAH TANPA SKIM BERISIKO DENGAN FAR CAPITAL

Di FAR Capital, kami fokus pada hartanah undervalue yang:

  • Tidak perlukan step fast financing.
  • Memberi positive cash flow dari bulan pertama.
  • Potensi dapat cashback besar selepas beli.

Bagaimana kami bantu anda?

  • Filtering hartanah: Pilih hartanah proven berpotensi.
  • Negotiate bulk deals: Dapatkan diskaun besar.
  • Strategi refinance: Maksimakan untung selepas 2-3 tahun.
  • Coaching kewangan: Bantu urus cash flow & hutang.

Ribuan klien telah berjaya beli rumah:

  • Tanpa modal besar.
  • Tanpa perlu “berjudi” dengan produk yang berisiko.
  • Tanpa takut tersilap langkah beli rum

Di FAR Capital, semuanya ditunjukkan step by step, dari A hingga Z. Anda hanya perlu mengikuti strategi yang telah disesuaikan mengikut situasi anda.

Berminat? Klik pautan di bawah dan hubungi Sofea untuk maklumat lanjut, atau apa saja soalan yang anda ada berkenaan FAR Capital, mahupun hartanah. Kalau nak info lanjut tentang webinar PERCUMA kami lepas ni pun boleh!

HUBUNGI SOFEA SEKARANG

    Comments are closed