HOUZKEY NI APA?
Macam yang kita semua tahu, nak beli rumah ni bukan satu proses yang mudah. Untuk yang gaji tak banyak sangat, nak kumpul duit deposit tu saja akan makan masa bertahun-tahun. Bagi orang muda terutamanya, benda ni pasti akan jadi satu masalah. Tapi kalau anda nak tahu, ada banyak opsyen lain yang membolehkan anda beli rumah dengan modal yang rendah; salah satunya adalah melalui skim HouzKEY.
Walau dah lama diperkenalkan oleh Maybank Islamic Berhad sejak 2017, mungkin ada lagi orang yang masih belum jelas apa itu skim HouzKEY ni. Kalau anda nak tahu, skim HouzKEY ni agak berbeza sedikit dengan skim perumahan yang lain iaitu tawaran melalui sistem sewa beli hartanah atau Rent-To-Own (RTO).
BAGAIMANA RTO BERFUNGSI?
RTO ni adalah satu konsep di mana anda boleh beli satu unit hartanah tu lepas menyewanya terlebih dahulu, yang mana agak fresh dalam pasaran hartanah tempatan. Ia memerlukan anda memajak unit tersebut dengan opsyen untuk beli di masa depan dengan harga terkunci yang dua-dua pihak setuju.
Yang bestnya untuk HouzKEY, anda tak perlu bayar deposit kerana bank akan sediakan 100% financing. Namun, bakal pembeli perlu bayar deposit 3 bulan yang boleh dikembalikan. Jumlah sewa yang dibayar pula akan digunakan untuk pengurangan dari sebahagian harga hartanah masa depan.
Pembeli akan bermula dengan tempoh skim 5 tahun dan fleksibel untuk sambung sewa hingga 30 tahun. Sewa rumah 5 tahun pertama adalah pada kadar tetap, tapi kalau penyewa pilih untuk sambung sewa, kadar sewa tahunan akan mula naik sebanyak 2%.
Penerima skim ini akan mempunyai opsyen untuk beli hartanah dari pemilik Maybank Islamic Berhad pada harga yang dah dipersetujui. Bila boleh beli? Selepas 12 bulan hingga 5 tahun menetap di rumah tersebut. Bila dah mampu, pemohon boleh miliki rumah yang mereka sewa tu melalui pinjaman mortgage dari Maybank atau mana-mana bank lain.
Bahasa mudahnya; kalau hari ini anda sewa satu unit hartanah harga RM500,000 dengan perjanjian selama 5 tahun, lepas tamat tempoh sewaan tu anda boleh beli rumah tersebut dengan harga yang sama walauuuuupun harga rumah tu dah naik time tu. Kalaulah lepas 5 tahun rumah tu dah naik harga hingga RM550,000 pun, anda yang akan untung RM50,000. Menarik, kan?
SIAPA YANG SESUAI UNTUK APPLY HOUZKEY NI?
Kalau anda golongan muda dalam kelompok M40 dengan pendapatan minimum RM5000, skim ini memang sesuai untuk anda.
Spesifiknya, skim ini ditawarkan untuk warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 18 hingga 70 tahun yang hanya ada satu pinjaman rumah sedia ada. Yang nak mohon ni boleh bagi nama hingga tiga orang penjamin, terdiri dari ahli keluarga terdekat untuk tambah kadar kelulusan.
APA KELEBIHAN HOUZKEY?
Mereka yang berkelayakan untuk terima skim HouzKEY akan menikmati bayaran sifar sepanjang tempoh pembinaan hartanah tersebut. Katalah rumah dari skim HouzKEY yang anda nak beli tu baru lagi dilancarkan dan masih dalam pembinaan, anda tak akan kena caj selepas tandatangan perjanjian pajakan RTO.
Anda hanya akan bayar pada tarikh anda masuk ke dalam unit kediaman atau 14 hari selepas notis pindah masuk oleh bank untuk anda ambil kunci rumah.
Installment rumah HouzKEY pula adalah lebih rendah berdasarkan kadar terbaik lepas permohonan anda diluluskan. Macam kami cakap tadi, anda akan dapat harga terkunci untuk rumah tu jika anda memilih untuk lepas menyewa dalam tempoh tertentu.
Kalau tak nak sambung pun tak ada masalah, anda ada kapasiti untuk habiskan kontrak skim pajakan HouzKEY anda selepas 5 tahun tanpa sebarang obligasi. Jika anda nak sambung skim HouzKEY tu lepas tempoh 5 tahun, anda tak perlu susah-susah nak kemukakan dokumen pendapatan yang baru untuk penilaian semula.
Selain tu, ada lagi kelebihan lain seperti diskaun bumiputera untuk pembeli Bumi yang berkelayakan, pengeluaran KWSP untuk bayar installment bulanan dan pengecualian Duti Setem melalui Kempen Pemilikan Rumah (HOC).
BERBALOI KE TIDAK SKIM HOUZKEY NI?
