Nak beli rumah tapi tiada simpanan cukup untuk deposit? Skim HouzKEY oleh Maybank Islamic Berhad mungkin jadi jalan pintas yang anda cari.
Diperkenalkan sejak 2017, skim ini menawarkan kaedah Sewa Milik (Rent-To-Own / RTO) untuk bantu rakyat Malaysia memiliki rumah dengan modal permulaan yang rendah, tanpa perlu lalui proses pinjaman konvensional yang rumit.
HouzKEY direka khas untuk bantu golongan muda dan keluarga M40 yang:
Hanya perlukan 3 bulan sewa pendahuluan (refundable selepas tamat kontrak). Tidak seperti skim lain yang memerlukan downpayment 10% daripada harga rumah, HouzKEY membolehkan anda terus masuk dengan komitmen awal yang sangat rendah.
Anda bayar kadar sewa yang tetap, tanpa naik turun kadar faedah. Selepas itu, sewa akan meningkat hanya 2% setahun jika anda sambung kontrak pajakan.
Walaupun nilai pasaran rumah naik, anda masih boleh beli rumah tu pada harga asal yang telah dipersetujui dalam perjanjian pajakan. Ini sangat penting dalam iklim inflasi hartanah sekarang.
Anda ada fleksibiliti untuk beli rumah tu bila-bila masa dari tahun ke-2 hingga ke-5, sama ada guna pinjaman dari Maybank atau bank lain.
Anda sewa rumah bernilai RM500,000. Selepas 5 tahun, rumah tu dah bernilai RM550,000. Anda masih boleh beli pada harga asal RM500,000, memberikan anda “paper gain” sebanyak RM50,000.
Penjamin akan membantu meningkatkan skor kelayakan anda jika pendapatan anda tidak mencukupi. Ini menjadikan skim ini sangat fleksibel, terutama untuk pasangan muda dan individu yang baru bekerja.
Mereka yang berkelayakan untuk terima skim HouzKEY akan menikmati bayaran sifar sepanjang tempoh pembinaan hartanah tersebut.
Antara kelebihan lain termasuklah:
๐จ Nota: Kempen Pemilikan Rumah (HOC) telah tamat. Apa-apa pengecualian duti setem tertakluk kepada promosi pemaju.
HouzKEY adalah skim untuk kestabilan jangka panjang, bukan untuk short-term gain atau pelabur agresif.
Konsep RTO ini sebenarnya sangat serasi dengan strategi arbitrage dalam hartanah:
Inilah kekuatan sebenar skim HouzKEY: ia bagi anda masa untuk menilai, sambil bina kelayakan kewangan.
Kalau anda nak lebih dari sekadar skim RTO, dan inginkan:
Maka strategi di FAR Capital adalah pilihan yang lebih agresif dan berimpak.
Klien kami telah berjaya:
Di FAR Capital, semuanya ditunjukkan step by step, dari A hingga Z. Anda hanya perlu mengikuti strategi yang telah disesuaikan mengikut situasi anda.
Berminat? Klik pautan di bawah dan hubungi Sofea untuk maklumat lanjut, atau apa saja soalan yang anda ada berkenaan FAR Capital, mahupun hartanah. Kalau nak info lanjut tentang webinar PERCUMA kami lepas ni pun boleh!