Rumah Selangorku: Pilihan Terbaik Untuk Gaji Bawah RM3K?

RUMAH SELANGORKU: MURAH DAN MAMPU MILIK?

Ramai mungkin pernah mendengar tentang Rumah Selangorku, skim perumahan khas oleh kerajaan negeri Selangor. Namun, untuk yang belum tahu, skim ini diwujudkan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada warga Selangor yang layak.

Seperti yang kita sedia maklum, Selangor merupakan negeri yang padat penduduk. Walaupun begitu, tidak semua orang mampu memiliki rumah sendiri, terutamanya dengan harga rumah yang sering mahal atas alasan lokasi “dekat dengan KL”, walaupun di kawasan yang bukan tier tinggi.

Hal ini menyukarkan golongan berpendapatan rendah atau sederhana untuk membeli rumah pertama mereka. Oleh itu, ramai yang terus menyewa walaupun telah bertahun-tahun menetap di Selangor.

Untuk memastikan setiap keluarga mampu memiliki rumah sendiri, Skim Rumah Selangorku diperkenalkan dengan matlamat “Satu Keluarga, Satu Kediaman Yang Sempurna”.

rumah selangorku far capital
Kredit: Selangor Journal

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON RUMAH SELANGORKU?

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon skim ini:

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Penduduk Selangor.
  • Belum pernah memiliki hartanah.
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000.
  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan juga layak memohon.

JENIS RUMAH DAN HARGA RUMAH SELANGORKU

Skim Rumah Selangorku telah diperkenalkan sejak tahun 2014, namun sejak tahun 2018, beberapa penambahbaikan telah dilakukan. Pada Januari 2023, inisiatif ini diperbaharui dengan pelancaran Rumah Selangorku 3.0 yang memperkenalkan dasar baru yang mengambil kira aspek seperti lokasi pembangunan, ciri-ciri projek, spesifikasi rumah, kawalan pelaksanaan, serta penguatkuasaan yang lebih efektif.

Di bawah skim ini, terdapat juga unit khusus untuk golongan bujang. Unit berkeluasan 450 kaki persegi dengan harga RM114,750 ini direka khas untuk individu berusia bawah 30 tahun yang baru mula bekerja di kawasan bandar.

WhatsApp Image 2024 12 30 at 15.50.30

Rumah Selangorku menawarkan pelbagai jenis unit yang sesuai untuk pelbagai tahap pendapatan dan keperluan. Jenis-jenis rumah ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu A, B, C, D, dan E, masing-masing dengan syarat kelayakan pendapatan isi rumah seperti berikut:

  • Kategori A: Pendapatan isi rumah maksimum RM3,500 sebulan
  • Kategori B: Pendapatan isi rumah maksimum RM7,000 sebulan
  • Kategori C: Pendapatan isi rumah maksimum RM10,000 sebulan
  • Kategori D, E dan E Khas: Pendapatan isi rumah maksimum RM14,500 sebulan

Dengan pilihan yang fleksibel, Rumah Selangorku 3.0 memberikan peluang kepada pelbagai golongan masyarakat untuk memiliki kediaman yang mampu milik sesuai dengan kemampuan kewangan mereka.

ADAKAH RUMAH SELANGORKU SESUAI UNTUK ANDA?

Setiap inisiatif pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Berikut adalah pandangan kami mengenai Rumah Selangorku:

Kelebihan:

  1. Harga Mampu Milik: Dengan harga rumah antara RM42,000 hingga RM250,000, skim ini memberikan peluang besar kepada golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri. Berbanding deposit rumah biasa yang mencecah RM60,000 – RM70,000, Rumah Selangorku lebih mesra kewangan.
  2. Pilihan Untuk Own-Stay: Skim ini sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar mencari rumah pertama untuk didiami bersama keluarga.

Kekurangan:

  1. Bukan Untuk Pelaburan: Rumah Selangorku tidak boleh disewakan. Jika didapati melanggar peraturan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan oleh pihak berkuasa.
  2. Sekatan Jualan Semula: Rumah Selangorku hanya boleh dijual selepas 5 tahun dari tarikh pembelian. Walaupun begitu, pasaran pembeli untuk rumah jenis ini agak terhad.
  3. Kos Tambahan Yang Perlu Diambil Kira: Walaupun harga rumah rendah, pembeli masih perlu menanggung kos lain seperti duti setem, yuran guaman, caj SPA, dan kos perjanjian pinjaman.

TIDAK SESUAI UNTUK PELABUR? ADA OPSYEN LAIN?

Seperti yang disebutkan, Rumah Selangorku adalah untuk pembeli rumah pertama, bukan untuk tujuan pelaburan. Namun, jika anda ingin membeli rumah pada harga serendah ini tetapi untuk pelaburan, adakah itu mustahil? Tidak sama sekali.

Alternatif Melalui FAR Capital

  1. Beli Hartanah Premium Dengan Diskaun Besar: Klien FAR Capital dapat membeli rumah di kawasan elit seperti Damansara dan Ampang dengan diskaun sehingga enam angka. Harga ini lebih rendah daripada nilai pasaran sebenar.
  2. Positive Cash Flow Properties: Hartanah yang dibeli bukan sahaja memberikan cashback, tetapi juga mampu menjana positive cash flow setiap bulan melalui sewaan.
  3. Mampu Milik di Kawasan Elit: FAR Capital menawarkan hartanah di Bangsar dengan ansuran bulanan serendah RM1,000, jauh lebih murah daripada bayaran biasa RM3,000. Bukan rumah kos rendah, bukan rumah lelong, tetapi harga lebih murah daripada lelong!

BERMINAT? INILAH PELUANG ANDA!

Jika anda ingin memanfaatkan peluang untuk membeli hartanah di bawah nilai pasaran, tanpa modal besar, dan tetap menjana keuntungan melalui pelaburan hartanah, ini masa terbaik anda!

Klik gambar di bawah untuk memulakan perjalanan anda bersama FAR Capital dan capai impian memiliki hartanah dengan bijak!

far capital mro multiple rental options

    Comments are closed

    Solutions
    © 2024 FAR Capital Sdn Bhd. This website is owned and operated by FAR Capital Sdn Bhd (201401006364) (1082447-A). Your usage of this website indicates that you agree to be bound by our Terms and Conditions, Terms of Use and Privacy Statement.