fbpx

OPR Naik: Satu Bentuk Kezaliman Terhadap Kita?

BETUL KE OPR NAIK NI SEKADAR NAK BEBANKAN ORANG RAMAI JE?

 

Mungkin anda semua dah tahu yang tahun ni saja Bank Negara Malaysia (BNM) dah umumkan OPR naik sebanyak tiga kali; yang terkini dari 2.25% kepada 2.50%.

Kalau sekarang pun ramai dah rasa berat nak bayar tambahan faedah, ia tak berakhir di sini je. Ada juga penganalisis yang dah mula ramal OPR bakal NAIK lagi seawal hujung tahun ni.

Ada tak yang terfikir, kenapa BNM ni kejam sangat asyik nak naikkan OPR je? Diorang tak boleh kawal ke benda ni? Kalau anda tak terfikir, ramai lagi suara netizen di media sosial yang dah ‘kupas’ benda ni.

Ada yang cakap bank tindas marhaen, bank jaga bank, macam-macam lagilah.

Jadi sebenarnya macam mana boleh naik sampai tiga kali (mungkin lebih) dalam masa setahun ni? 

Isu ni kita dah kongsi sejak tahun 2020 lagi, masa awal-awal Covid-19 dulu. Masa tu ekonomi tengah tak stabil, terumbang ambing sebab bisnes banyak tutup dan ramai orang hilang kerja.

Dari situ kita dah nampak dan boleh ramal apa yang akan jadi lagi setahun dua bila pandemik dah mula perlahan dan berakhir; macam hari ini. 

OPR yang tinggi hari ini adalah hasil dari ekonomi kita yang semakin kukuh dan tak perlukan bantuan macam masa PKP dulu.

Jadi siapa yang cakap hal OPR naik ni menzalimi rakyat marhaen, nak kikis B40, kena faham yang sebenarnya benda ni memang perlu dalam fasa ekonomi sedang memulih. Itu yang kita cakap tak mustahil kalau OPR akan naik lagi tahun ni.

Walau bagaimanapun, kita kat sini bukanlah memihak kepada sesiapa. Tak ada bias atau backup mana-mana pihak. Kami tetap faham beban yang ditanggung orang ramai hasil dari kenaikan ini. Kami rakyat, anda pun rakyat.

Yang mana tak aware sangat tentang cerita ekonomi ni mungkin akan lebih terasa, jadi sebelum kita ulas lanjut, kalau anda tak faham apakah itu OPR, boleh klik di sini: Apa itu OPR.

opr-naik

 

APA KESAN KENAIKAN OPR TERHADAP KITA?

 

Kalau anda rasa OPR ni tak akan bagi kesan terhadap anda, anda silap. Jadi apa kesan kat kita bila OPR naik ni?

1. Komitmen bulanan kepada bank akan naik (hutang rumah, kereta, personal loan dll).

2. Syarat kelayakkan pinjaman semakin ketat.

3. Purchasing power semakin kurang.

Maka ramailah yang tepuk dahi dengar berita tak baik ni. Mana taknya, dalam setahun komitmen terus naik tapi gaji masih setakat itu juga.

opr-naik

Walau bagaimanapun, kita tak boleh terus melulu untuk menyalahkan mana-mana pihak. Dalam fasa sekarang, banyak lagi cabang di negara kita yang masih ada lubang di sana sini. 

Ekonomi sedang memulih; dari mata kasar mungkin masih tak seimbang tapi bakal jadi lebih baik tahun depan. Politik pun turun naik, dengan pembubaran parlimen dan pilihan raya tahun ini.

Tapi apa pula kesan kenaikkan OPR ni terhadap sektor hartanah? Jom kita tengok kat bawah.

OPR PETANDA PROPERTY BULLRUN BAKAL JADI?

 

Kalau anda ingat, tahun 2010 – 2011 dulu pun ada berlaku kenaikan OPR yang tinggi di Malaysia ni. Apa yang menyusul selepas tu? Inilah benda menarik kami nak kongsi dengan anda ni.

Apa yang terjadi ketika itu adalah harga rumah naik melambung-lambung, demand hartanah menjangakui supply; menjadikan pemaju berlumba-lumba nak naikkan harga rumah. Dalam bahasa mudahnya; property bullrun.

Setakat ni, banyak benda yang kita ramal dari tahun 2020 dulu dah betul-betul terjadi.

Jadi tak mustahil kalau kita nak anggap property bullrun bakal berlaku di Malaysia dalam masa terdekat ni. Kalau tak tahun depan, boleh jadi seawal hujung tahun 2022 ni.

Apa yang boleh kita buat untuk berdepan dengan situasi OPR ni? Macam mana kita nak hadap jika OPR naik lagi, dan macam mana kita nak buat RM1j pertama kita kalau berlakunya property bullrun nanti?

Kalau nak tahu apa yang kami sarankan sejak tahun 2022 dan macam mana anda nak terus survive dalam fasa recovery sekarang, jom KLIK PAUTAN INI untuk info lebih lanjut.

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.