fbpx

Macam Mana FAR Capital Beli Rumah Dengan Diskaun 50%?

Macam Mana FAR Capital Dapat Beli Rumah Bawah Nilai Pasaran?

Sebelum ni ramai yang was-was bila kita cakap yang kita boleh beli rumah dengan tawaran 30% hingga 50% di bawah harga pasaran. Ada juga mulut-mulut kecil yang cakap FAR Capital ni pakai kroni lah, banyak orang dalam lah.

Mereka yang tak faham macam mana proses beli rumah pukal atau bulk purchase memang akan cakap benda macam ni. Bila kita dapat buat apa yang bagi mereka tak masuk akal, itu yang buat orang tuduh FAR Capital scam dan macam-macam lagi.

Contohlah sebelum ni anda beli satu unit rumah dari pameran, dapat hingga 10% diskaun dari pemaju. Kalau ada diskaun bumiputera, dapat potong lagi 7%, maksima. Jadi paling banyak diskaun boleh dapat pun dalam 17% macam tu. 

MACAM MANA KAMI CAKAP DISKAUN 50% NI MASUK AKAL?

Orang lain beli rumah, ada yang sampai kena buat dua tiga kerja semata nak bayar duit muka saja. Ada juga yang terpaksa gadai aset lain. Mana taknya, kalau rumah harga RM600,000, deposit saja dah RM60,000. Macam mana pula klien FAR Capital boleh beli rumah yang sama dengan harga total RM450,000?

Macam yang disebut tadi, FAR Capital beli hartanah secara pukal dan terus dari pemaju. Untuk satu projek, FAR Capital dan pemaju akan berunding dan capai persetujuan dengan terma dan syarat tertentu.

Kalaulah kita buka kedai nasi ayam dan beli ayam dari penternak secara pukal, dah confirm lah harga yang kita dapat tu bukan macam kita beli ayam seekor kat pasar raya, kan? Analogi mudah, tapi konsepnya sama je.

Pemaju terbuka untuk rundingan harga jauh di bawah median kerana FAR Capital membeli secara pukal; lebih 50 hingga 100 unit di projek rumah tersebut.

Kat sini, kami akan cuma stretch tawaran sejauh dan semurah yang mungkin, dan yang akan nikmati diskaun hingga 30% ke 50% ini, tak lain dan tak bukan adalah klien FAR Capital sendiri. Semuanya melalui rundingan dan perbincangan yang legit, bukan guna orang dalam atau kroni.

Dengan diskaun itu, dapatlah klien kami membeli dengan harga yang dibawah nilai pasaran; sampaikan rumah lelong pun tak dapat tandingi harga yang klien FAR Capital dapat.

Lebih sedekad berpengalaman dalam bidang ni, FAR Capital telah bantu ribuan klien kami dengan isu mereka. Walau berbeza masalah dan situasi, tapi matlamat mereka tetap sama; untuk tingkatkan taraf hidup mereka. Nak baca lebih lanjut tentang mereka, boleh klik SINI.

 far-capitalfar-capital

RUMAH TANPA KELUAR MODAL PUN ADA?

Ini juga sebab macam mana klien kami boleh beli rumah yang tepati 7 kriteria dan masih boleh dapat cashback untuk bantu mereka bayar hutang dan tambah simpanan kecemasan.

Dan kalau anda nak tahu, ini hanya sedikit kalau nak dibandingkan dengan semua manfaat dan kelebihan yang boleh anda terima sebagai klien FAR Capital. Selain beli rumah tanpa modal, kami juga menyediakan servis secara end-to-end.

Apa yang membezakan anda dan klien kami sekarang?

  1. Nak beli rumah tapi hutang jahat berduyun? Kita kurangkan dulu dengan proses penyatuan hutang sampai kelayakkan pinjaman anda bertambah.
  2. Nak beli rumah tapi pendapatan tak cukup banyak? Kita gandakan pendapatan anda dengan inisiatif hustle income.
  3. Nak beli rumah tapi modal tak banyak? Kita cari hartanah terbaik yang boleh anda beli dengan modal yang sedikit atau TANPA MODAL, dan masih boleh buat positive cash flow.
  4. Nak tambah ilmu hartanah dan pengurusan kewangan? Setiap bulan kami sediakan webinar bulanan untuk kongsi berita dan strategi baru yang boleh klien kami gunakan.
  5. Nak belajar lagi dalam? Kami sediakan 20 sesi soal jawab secara live bagi klien kami yang ingin bertanya dan faham lebih lanjut proses mereka.

Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi unfair advantage yang kami sediakan, jangan tunggu lama-lama, klik SINI sekarang!

Jangan tunggu lama-lama, takut melepas diskaun lebat tu nanti!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.