fbpx

Ilmu dari Far Capital Bantu Saya Langsaikan Hutang Dan Beli Rumah Pertama – Hafiez

MENANGGUNG HUTANG AKIBAT KERUGIAN SAHAM

 

Sebelum saya menjadi klien FAR Capital saya pernah mengalami masalah kewangan sehingga saya terpaksa menyerahkan diri kepada AKPK sebab tak mampu nak uruskan hutang kredit kad saya. Saya telah menggunakan kredit kad untuk menambah kapital dalam pelaburan saham saya.

 

Apabila berlaku pertukaran kerajaan pada 2018, saya telah mengalami kerugian yang besar dan menanggung beban hutang yang tinggi. Saya memohon bantuan AKPK untuk menyusun semula hutang saya.

 

PENAT MEMANDU ‘GRAB’, SAYA MENYERTAI PROGRAM FAR CAPITAL

 

Oleh kerana masalah kewangan ini, juga saya telah berkerja sebagai pemandu ‘Grab selepas waktu kerja. Ada masanya, saya akan tidur di dalam kereta kerana terlalu penat. Saya cuba mencari kerja sambilan yang lain. Saya telah menyertai program ‘Hustle Income’ yang ditawarkan oleh Far Capital walaupun saya tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang ‘sales’.

 

Kedudukan kewangan saya berubah selepas menyertai Far Capital. Selain berjaya melangsaikan semua hutang kad kredit, saya juga berjaya membeli rumah pertama.

 

MENUNTUT ILMU UNTUK LANGSAIKAN HUTANG DAN BELI RUMAH

 

Tak pernah langsung terlintas dalam fikiran untuk saya yang dibebani masalah kewangan yang kritikal, berupaya untuk membeli rumah. Selama ini, saya sangka pelaburan hartanah hanya untuk golongan ‘kayangan’. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai pelaburan hartanah sebelum ini. Namun, Far Capital telah memberi panduan yang lengkap serta boleh diikuti dengan baik walaupun oleh orang yang baru belajar seperti saya.

 

Ilmu yang saya dapat dari Far Capital sangat bernilai. Contohnya, apabila saya belajar mengenai Debt Consolidation, saya berjaya menguruskan hutang dengan bijak. Melalui program ‘Hustle Income’ saya telah berjaya membina simpanan 5-angka. Saya juga telah memperoleh diskaun untuk membeli rumah.

 

FAR CAPITAL MENGUBAH KEHIDUPAN SAYA

 

Ramai yang tidak mempercayai nilai pelaburan yuran lifetime untuk menyertai Far Capital. Saya pernah merasa keperitan kerana menghadapi masalah kewangan yang kritikal. Sekarang, bukan sahaja keadaan kewangan telah berubah lebih baik, malah saya telah berjaya membantu adik saya dalam perancangan beliau untuk membeli rumah pertama.

 

Ingin belajar selesaikan masalah kewangan seperti Hafiez?

Sila isi ruangan di bawah supaya mudah untuk kami hubungi anda.


Follow Hafiez on Facebook

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.