Ramai yang mungkin sudah biasa mendengar tentang proses jual beli rumah seperti harga yang dipersetujui, membuat permohonan pinjaman bank (loan), dan sebagainya. Namun, ramai juga yang terlepas pandang tentang kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli rumah, khususnya pembeli rumah pertama. Kos tambahan ini sering menjadi faktor penghalang yang menyebabkan ramai takut untuk memiliki rumah.
Antara kos tambahan yang paling biasa ialah:
Jadi, apa sebenarnya duti setem?
Dalam bahasa mudah, duti setem adalah cukai yang dikenakan ke atas dokumen perundangan, termasuk:
Kadar duti setem ditetapkan berdasarkan harga rumah yang dibeli dan dikenakan dalam empat peringkat berbeza seperti berikut:
Contoh Situasi:
Jika anda membeli sebuah rumah bernilai RM300,000, selain daripada deposit 10% (RM30,000), anda juga perlu membayar:
Kos tambahan ini belum termasuk yuran guaman SPA dan yuran guaman perjanjian pinjaman, yang boleh mencecah ribuan ringgit lagi.
Dengan harga rumah yang semakin mahal dan kadar faedah (interest rate) yang naik berulang kali, ramai yang memilih untuk menangguhkan pembelian rumah kerana bimbang dengan kos tambahan ini. Oleh sebab itulah, Kempen Pemilikan Rumah / House Ownership Campaign (HOC) memainkan peranan besar untuk meringankan beban kewangan pembeli rumah pertama.
Golongan muda khususnya sering terbeban dengan kos tambahan seperti duti setem, yuran guaman dan deposit rumah. Beban ini bukan sekadar beberapa ribu ringgit tetapi boleh menjadi halangan besar bagi mereka yang ingin memiliki rumah.
Dengan inisiatif HOC 2.0, kerajaan menawarkan pengecualian duti setem, pelepasan cukai pendapatan dan diskaun minimum 10% untuk membantu meringankan beban pembeli rumah pertama dan mengurangkan kos pemilikan rumah.
Selain bantuan kerajaan, pembeli rumah pertama juga boleh memanfaatkan tawaran istimewa daripada FAR Capital:
Dengan pengecualian duti setem, pelepasan cukai dan diskaun harga hartanah di bawah HOC 2.0, inilah masa yang paling sesuai untuk membeli rumah pertama anda. Manfaatkan juga tawaran eksklusif daripada FAR Capital untuk membuat pembelian hartanah dengan lebih bijak dan strategik.
Nak belajar lebih lagi berkenaan beli hartanah tanpa perlu keluarkan terlalu banyak modal? Ahad ini kita nak ‘turun’ ilmu ini secara percuma melalui webinar Sunday Session kami. PERCUMA je!
Jadi jangan tunggu lagi! Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut dan mulakan langkah anda untuk memiliki rumah idaman!