fbpx

5 Unfair Advantage Yang Anda Takkan Dapat Di Luar FAR Capital

KENAPA HARI INI TAK RAMAI YANG BERANI NAK BELI RUMAH?

 Sebelum kita borak pasal unfair advantage, jom cerita pasal beli rumah ni sebentar. Kalau perasan, hari ini ramai orang yang kerja di kawasan Lembah Klang ni pilih untuk duduk di rumah sewa berbanding nak beli rumah baru. Walau menyewa ni nampak macam satu opsyen yang lebih mudah, tapi lama kelamaan rasa penat tu akan sampai. Penat nak bayar sewa, penat nak rancang cari rumah sewa yang lebih lain kalau dah tambah anak nanti, penat otak fikir umur dah lanjut tapi aset hartanah belum ada lagi.

Nak nak lagi yang mana sewa pun mahal; dah macam harga installment rumah baru. Dapat gaji je, bayar duit sewa, bayar kereta dan komitmen lain, sampailah duit baki tak sampai seribu pun.

Itu belum kira kalau dapat tuan rumah jenis ada ‘angin’ pulak. Bila OPR naik, harga sewa pun dia naikkan, faedah dah makin tinggi katanya. Lagi malang, takde angin takde ribut, dia minta kita kosongkan rumah; nak bagi anak duduk situ. Inilah pentingnya untuk kita ada rumah sendiri; supaya lebih secure masa depan kita. Tapi nak beli rumah yang boleh duduk, atau yang boleh bagi sewa ni bukan mudah. Peringkat awal nak cari rumah murah tu sendiri dah mencabar; dengan pasaran hari ini. Kita faham benda tu.

Dan kalau anda rasa anda boleh relate dengan semua ini, anda akan boleh relate dengan masalah ribuan klien FAR Capital sebelum ini.

Masalah ni nak kata sama, dah semestinya tak 100% sama. Cuma kebanyakkan isu nak beli rumah pertama, nak beli rumah pelaburan ni memang banyak cabarannya, dan pengalaman kami lebih sedekad lamanya ni dah jumpa dan selesaikan berbagai jenis isu.

Jadi apa yang membezakan anda dan klien FAR Capital yang pernah kami bantu sebelum ni? Bezanya mereka ada sesuatu dipanggil Unfair Advantage.

UNFAIR ADVANTAGE NI BENDA ALAH APA?

 Apa yang dimaksudkan dengan Unfair Advantage (UA) ni? Sedikit peringatan; ini bukan ilmu scam orang atau skim cepat kaya. Bukan juga ‘ilmu’ kroni atau pakai cable dari orang dalam.
 Ilmu UA ini adalah apa yang boleh anda capai dengan memanfaatkan data dan fakta yang ramai orang tak tahu (atau kalau yang tahu pun, tak semua akan kongsi dengan orang ramai). Lima bahagian UA termasuklah:

1. Information Advantage
2. Knowledge Advantage
3. Price Advantage4. Structure Advantage
5. Cash Flow Advantage

unfair-advantage

KELEBIHAN ALL-IN; DARI KURANGKAN KOMITMEN KE BELI HARTANAH BARU

 Dengan UA, kita akan tunjuk macam mana seseorang tu boleh kurangkan komitmen bulanan dari RM4,000 hingga serendah RM800; sekaligus buat anda rasa lebih lega untuk ‘bernafas’ dengan pendapatan bulanan anda. Lepas ni tak adalah separuh atau lebih dari gaji tu habis bayar hutang je.

UA juga membolehkan anda beli rumah harga RM800,000 dengan DISKAUN dari 30% hingga 50% bawah harga pasaran.

Bukan hartanah di kawasan tier rendah, tapi di kawasan elit seperti Bangsar, Petaling Jaya dan KLCC. Takut installment tinggi? Tak payah risau, installment bawah RM1,500 sebulan pun ada, WALAUPUN di kawasan tier 1 ni.

Ilmu UA juga akan buat orang lain bayarkan hutang-hutang kita, termasuklah pinjaman rumah dan masih mampu jana positive cash flow setiap bulan. Dengan ini, dapatlah kita tetapkan simpanan atau pelan hari tua kita nanti.

Kalau hari ini ramai yang takut nak beli rumah sebab gayat tengok harga; nak bayar 10% dari harga RM600,000, UA akan bantu anda untuk dapatkan rumah idaman anda dengan modal yang sedikit atau TANPA MODAL pun ada! Macam satu mimpi indah untuk pembeli rumah pertama, terutamanya. 

Benda inilah yang tak semua orang nak kongsi, dan ia taklah serumit yang anda sangkakan.

 

Masalah yang sama, cuma solusinya klien FAR Capital dah dapat awal. Tapi pintunya belum lagi tertutup untuk anda.

Macam kita cakap tadi, walaupun ilmu ni tak semua orang nak ajar, tapi kita nak sampaikan kat anda PERCUMA je! Nak tahu macam mana? KLIK PAUTAN INI dan daftar segera!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.