fbpx

10 Sebab Kenapa Orang Kata FAR Capital Scam

10 Sebab Kenapa Orang Kata FAR Capital Scam

Selalu FAR Capital akan dikaitkan sebagai scam atau tipu bila anda mula cari FAR Capital kan.

Sebenarnya masih ramai yang tak jelas apa yang FAR Capital buat dan tawarkan, dan realitinya bila tak kenal, ramai yang akan rasa ragu-ragu untuk percaya apa yang kami tawarkan. Sebab tu kat sini kami nak kongsi 10 ayat famous kenapa ramai yang tak suka FAR Capital

1. “TAK LOGIKLAH BELI RUMAH DAPAT DISKAUN 30% – 50% LAGI MURAH DARI HARGA PASARAN. LELONG PUN TAK BOLEH DAPAT MURAH MACAM TU.”

Mungkin ramai yang hanya boleh cakap benda ni, tapi realtiinya berbeza kerana bukan seorang dua sahaja klien FAR Capital yang dapat capai tawaran serendah ini.

Bila ramai klien yang telah dapatkan harga ‘durian runtuh’ ni, maka adalah yang iri hati tapi tak nak usaha ni cakap yang FAR Capital ni organisasi scammer. Sedangkan klien kami bersungguh-sungguh usaha untuk dapatkan hasil mereka hari ini.

Apa rahsia yang membolehkan klien kami terima harga yang lebih murah dari lelong, lebih murah dari galeri pameran? Untuk jawab persoalan ni, boleh rujuk soalan #7.

Dan kalau masih tak percaya, boleh baca sendiri kisah klien-klien terpilih kami sebelum ini di sini. 

2. “MANA DAPAT RUMAH KAT TENGAH BANGSAR HARGA BAWAH 2K. CONFIRM SCAM NI!”

Kalau ikut mentaliti mudah yang malas nak berfikir, memang senang untuk cakap benda yang kita susah capai ni sebagai scam atau mustahil.

Tapi apa yang orang lain tak dapat adalah kelebihan dari segi informasi, ilmu, harga, struktur dan aliran tunai. Ini 5 kelebihan yang dirangkul melalui unfair advantage, di mana kami akan kongsi informasi dan ilmu yang tiada siapa akan bagitahu anda.

Dengan kelebihan informasi inilah kami guna untuk kongsikan tawaran terbaik untuk klien kami, dan kami tak akan pasarkan produk yang kami sendiri tak yakin masuk akal atau tak.

3. “KITA BELI RUMAH KELUAR MODAL LIMA ANGKA, DIORANG RELAKS JE BELI RUMAH TANPA MODAL?”

Ini antara benda paling ramai pertikai, mana mungkin ada orang boleh beli rumah tanpa keluar modal langsung? Boleh sebenarnya, kalau ada ilmu dan ada unfair advantage.

Tapi tak bermakna mudah-mudah je anda boleh dapat kunci rumah tanpa keluar satu sen langsung. Dengan konsep BRTM, anda boleh beli rumah pertama anda dengan modal bawah RM10K, hanya untuk booking transaction dan akan dapat semula tunai tersebut dalam masa 3 hingga 6 bulan kemudian.

Berbeza dengan membeli di tempat lain di mana awal-awal lagi anda dah kena siapkan modal RM50K – 60K terus. 

4. “MANA MUNGKIN ADA YANG BOLEH BUAT RM50K DALAM MASA SETAHUN. SEMBANG JE LEBIH.”

Ramai yang ingat kat sini kita hanya sediakan tawaran untuk orang yang nak beli rumah dan buat pelaburan hartanah je, sedangkan ia lebih lagi dari tu.

Untuk mereka yang pendapatan cukup makan sampai terpaksa buat dua tiga kerja, program hustle income akan banyak membantu mereka untuk jana pendapatan lebih dari rumah je!

Ketika orang lain ada yang sampai tak ada masa untuk keluarga sebab buat kerja lebih, ada klien kami yang buat RM50K dari rumah je, menjadikan hustle income sebagai sumber pendapatan utama. Inilah kelebihan yang hanya klien FAR Capital dapat.

5. “KATA ADA HUTANG 5-6 ANGKA, TAPI BOLEH PULAK BELI RUMAH? MESTI TIPU NI…”

Bila kita cakap ada orang boleh guna rumah untuk bayar hutang, itu tak bermakna hari ini dia daftar, esok tu dah boleh beli terus rumah.

Sebelum proses lanjut, kami akan jalankan proses screening untuk menilai tahap kesihatan kewangan seseorang. Untuk mereka yang banyak hutang hingga loan eligibility tak banyak untuk beli rumah, kita adakan debt consolidation untuk rangka semula portfolio kewangan anda.

Lepas debt consolidation, barulah kita akan rangka strategi untuk anda langsaikan hutang guna hartanah. Sebelum ini ramai klien kami yang beli rumah bawah harga pasaran, tanpa modal dan akhirnya gunakan cashback untuk bayar hutang jahat terus.

Kalau orang lain beli rumah keluar modal banyak, kita beli rumah DAPAT modal banyak. Manalah orang tak sakit hati dengan kita.

6. “ASAL MUKA DIORANG NI JE MESTI DATANG NAK NEGO HARGA RUMAH TAK MASUK AKAL”

Ini sebab kenapa ramai vendor dan pemaju rumah tak sukakan FAR Capital, kerana kami akan berusaha 120% untuk berunding dapatkan harga semurah mungkin untuk diberi kepada klien.

Sebab kami asyik minta diskaun 40% – 50%, lebih bawah lagi dari harga kos mereka. Tapi, kami akan tetap yakinkan pemaju yang pelanggan tak kisah tentang kos mereka. Walaupun kami akan terus dibenci sebab dapat harga murah, tapi ia masih lagi opsyen yang baik berbanding rumah lapuk tak terjual.

Dan penting untuk kami dapatkan rumah yang klien kami mampu milik dengan harga yang tak akan rugi, kalah harga RumaWIP atau rumah Selangorku.

7. “SAKIT HATI BETUL! KITA SEWA BERTAHUN-TAHUN TAK DAPAT UNTUNG, ORANG DIA SEWAKAN RUMAH BARU 2 BULAN DAH POSITIVE CASH FLOW

Bukan takat pemaju atau penjual je tak sukakan FAR Capital, pembeli dan pelabur lain pun ramai sebenarnya tak puas hati dengan kami. Mana taknya;

– Orang lain beli rumah bayar deposit RM50K, kita beli ada yang tak keluar modal langsung.

– Orang lain beli rumah harga RM800K, kita beli harga RM600K untuk unit yang sama.

– Orang lain bagi sewa bertahun tapi tak dapat cover duit installment, kita bagi sewa baru 2-3 bulan dah dapat positive cash flow.

Ini yang ramai tak puas hati, walhal dengan ilmu dan sumber yang betul, benda-benda ni tak ada masalah pun.

8. “MACAM KAPITALIS BELI RUMAH BANYAK-BANYAK, LEPAS TU TAK TINGGAL KAT ORANG LAIN!”

Yang ni memang dari dulu ramai tak puas hati; kerana kami beli dalam skala banyak atau bulk purchase sampai ada yang tuduh kami ni kapitalis.

Sedangkan mereka tak faham, lagi senang untuk kita beli rumah di bawah harga median dengan beli secara pukal, yang mana akan jadi kesenangan untuk klien-klien kita juga nanti.

Dengan kelebihan membeli pukal, harga yang dibeli tu lebih murah berbanding walk-in dalam galeri jualan, lebih murah dari ejen hartanah (mungkin sebab tu tak ramai nak kongsi apa yang kami kongsi, dan sebab tu ramai tak suka FAR Capital).

Tapi untuk mereka yang masih rasa benda ni kapitalis, harus diingatkan yang kami tak beli rumah low-cost bawah RM200K atau rumah subsidi seperti RumaWIP dan Selangorku untuk pelaburan, kerana kami tahu rumah macam ni adalah hak mereka yang kurang pendapatan.

9. “ORANG BELI RUMAH BANYAK-BANYAK TU, ADA CORPORATION PUNYA KRONI LAH TU.”

Antara benda tak betul yang ramai orang tak suka FAR Capital ni sebarkan adalah kami dapat secure rumah banyak-banyak melalui loan corporation, multiple submission loan dan banyak lagi.

Malah ada juga yang tuduh kami pakai kroni untuk dapat rumah dengan harga bawah median.

Sedangkan apa yang kami buat, dan apa yang kami sarankan klien kami buat adalah sah dan tak menyalahi apa-apa undang-undang. Bila hasilnya luar biasa, itu yang buat orang cakap macam-macam tu.

Budaya syarikat yang kami terapkan adalah budaya transparent di mana kami akan jelaskan satu persatu tentang proses, undang-undang dan sebagainya supaya klien kami tak terlepas pandang dalam proses pembelian rumah.

Anda boleh lihat sendiri gambar di bawah untuk respon dari klien kami.

far-capitalfar-capital

10. “SEMUA MACAM TOO GOOD TO BE TRUE LAH, INI MESTI SKIM CEPAT KAYA NI.”

Benda macam ni memang ramai yang tak suka FAR Capital suka tuduh; skim cepat kayalah, scam duit orang lah.

Walhal kalau mereka masuk dulu webinar kami, tahu selok belok sebenar klien kami, mereka akan nampak yang pelaburan hartanah ni adalah satu skim lambat kaya.

Ya, tak seperti webinar biasa di mana orang hanya perlu jual air liur, klien kami perlu melalui banyak proses seperti screening, debt consolidation, hadir ke weekly session untuk tambah ilmu, berkonsultansi dengan team kami dan banyak lagi.

Tak ada istilah duit turun dari langit, jadi untuk dapatkan hasil terbaik, proses end-to-end ini memang perlu.

Apa yang membezakan anda dan klien kami adalah;

  1. Kami sediakan ilmu dan cara tingkatkan pendapatan, kurangkan hutang dan strategi pelaburan hartanah kepada klien.
  2. Kami sediakan 20 sesi soal jawab secara live bagi klien yang ingin bertanya dan faham lebih lanjut proses mereka.
  3. Setiap bulan kami sediakan webinar bulanan untuk kongsikan berita baru dan strategi baru yang boleh klien kami gunakan.
  4. Kami sediakan platform bina pendapatan pasif bagi mereka yang perlu tingkatkan pendapatan.
  5. Tawaran projek kami lebih rendah dari harga pasaran.

Klien masih perlu lalui semua proses ini seperti biasa, namun ada bimbingan dan unfair advantage supaya mereka tidak rugi malah lebih banyak dapat keuntungan.

Jika dengan membantu orang lain itu dianggap scam oleh mereka yang tak suka FAR Capital, maka biarlah kita terus jadi scammer di mata mereka.

Kalau anda minat untuk kena ‘scam’ yang membolehkan anda beli rumah bawah harga median dan TANPA MODAL, yang boleh tambah income bulanan anda, klik SINI untuk info lanjut!

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.