fbpx

Orang perempuan ni ada suami ke takde suami ke, mesti kena ada rumah sendiri -Dr. Nurizan

“Orang perempuan ni ada suami ke takde suami ke, mesti kena ada rumah sendiri”

Saya datang daripada keluarga yang sederhana. Tak kaya dan tak miskin sangat. Mama saya lepasan SPM. Masa dia nak ambil SPM, dia accident kena langgar. Patah tulang kaki dan terpaksa jawab exam dalam hospital.

Walaupun hanya lepasan SPM, mama saya ni lah yang ajar saya tentang aset, liabiliti dan bagaimana nak guna OPM dalam pelaburan hartanah. Sejak daripada itu, saya ada minat yang mendalam pelaburan hartanah.

Dari zaman universiti, saya ada follow rapat seorang sifu hartanah ni. Saya namakan beliau sebagai Sifu X. Beliau ada jual ebook dan buat kelas juga. Saya aim lepas saya kerja, saya akan beli rumah.

Saya ingat pesan mama saya:
“Orang perempuan ni ada suami ke takde suami ke, mesti ada rumah sendiri”

Masa saya tengah belajar, saya pergi kelas dan beli buku beliau. Walaupun masa tu saya tak kerja lagi, saya sanggup korek tabung saya semata – mata nak bayar. Saya tak tidur dalam kelas sebab saya betul – betul nak beli rumah. Kelas tu saya pergi tahun 2016. Tahun 2017 saya book satu projek hartanah. Masa ni saya baru bekerja setahun. Saya happy lah sebab saya berjaya tunaikan impian saya dan mak saya.

Namun tiba – tiba saya dapat call mengatakan saya kena bayar downpayment 10%. Masa tu saya agak terkejut sebab saya langsung tak tahu kena bayar 10%. Saya blur. Sifu X langsung tak cerita tentang kos – kos terlibat bila nak beli rumah. Saya ingatkan kena bayar booking je. Memang rasa terciduk kat situ sebab saya tak buat proper research. Sebagai seorang doktor, masa jadi penghalang untuk saya. Saya ingatkan saya dah pandai lepas pergi kelas Sifu X. Rupanya tak.

Saya pergi kat mama saya dan beritahu yang saya tak jadi beli rumah tu sebab rasa macam tak mampu. Tapi mama saya tak bagi.

“Ambil barang kemas mama ni. Pergi gadaikan kat Ar-Rahnu. Duit tu buat bayar downpayment”

Masa tu agak sedih lah kerja doktor tapi terciduk pula. Jadi saya ambil barang kemas dan gadaikan. Okay let’s do this. Saya bayar downpayment dan ikat perut beberapa bulan.

Baru nak tarik nafas lega bayar downpayment, tiba – tiba developer call lagi cakap saya kena bayar legal fee. Saya kena bayar RM4,000. Dan masa tu saya terpaksa berhutang. Saya fikir sampai bila saya nak hadap macam ni.

Tahun 2019 saya dapat kunci rumah. Saya gembira sebab akhirnya dapat juga kunci rumah pertama saya. Tapi yang menjadi masalah saya adalah saya tak berjaya sewakan rumah tu. Saya terpaksa bersaing dengan pemilik rumah yang lain untuk dapatkan penyewa. Saya turunkan sewa sebulan RM800 pun masih tak berjaya dapatkan penyewa. Masa tu saya kena bayar dekat bank dalam RM900.

Saya sedih sangat sebab terpaksa tanggung bleeding RM900 selama 8 bulan. Rumah tu kat Selangor. Saya pula kat Johor. Jadi memang struggle gila. Sifu X tu pun tak ajar pasal strategi sewaan. Jadi saya agak lost.

Lepas tu, Mei 2020 saya join webinar Tuan Faizul Ridzuan. Saya belajar pasal strategi sewaan dan pelaburan hartanah. Masa tu saya tak jadi client lagi tapi saya buat apa yang saya belajar daripada webinar tu. Saya berjaya dapatkan positive cashflow selepas berbulan bleeding. Memang syukur sangat alhamdulillah.

Dr Irfan approach saya untuk jadi client dan masa tu saya tanya beliau boleh tak saya bayar installment. Punyalah takut terciduk lagi kan. Then saya teruskan juga untuk jadi client. Mungkin ni lah jalan keluar yang saya cari.

Dari zero knowledge pasal pelaburan hartanah, sekarang saya dah faham tentang kewangan juga juga pelaburan hartanah yang betul. Saya on the way untuk beli property yang best, ada cashback siap ada multiple rental option. Boleh beli tanpa modal pula tu. Saya happy sangat. Terima kasih FAR Capital!

https://www.youtube.com/watch?v=dcly7VMzLRc

Nak beli rumah yang menguntungkan dengan modal yang rendah seperti Dr. Nur Izyan?


Sila isi ruangan di bawah supaya kami berpeluang untuk membantu anda.

Follow Dr Nur Izyan on Facebook

    Comments are closed

    Join us to get the above unfair advantage.

    Don't lose the opportunity and take this chance to learn this, especially for those of you who already own property right now​.
    OFfice
    ©2023 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.