Sejak sekian lama, ramai yang was-was apabila kami mendakwa mampu membeli rumah sehingga 30% di bawah nilai pasaran. Ada yang menuduh FAR Capital menggunakan hubungan dalaman atau mendapat layanan istimewa.
Sebenarnya, dakwaan ini timbul kerana kurangnya kefahaman tentang proses pembelian hartanah secara pukal. Apabila kami berjaya mencapai sesuatu yang dianggap mustahil, tuduhan seperti penipuan dan scam sering dilemparkan.
Sebagai contoh, jika anda membeli rumah dari pameran, anda mungkin hanya mendapat diskaun sehingga 10%. Dengan tambahan diskaun bumiputera, jumlahnya mungkin mencapai 17%. Tetapi bagaimana FAR Capital boleh menawarkan diskaun sehingga 30%? Mari kita fahami lebih lanjut.
Kebanyakan orang perlu bekerja keras, malah ada yang terpaksa melakukan dua hingga tiga pekerjaan, hanya untuk membayar deposit rumah. Ada juga yang menjual aset lain untuk tujuan ini. Sebagai contoh, untuk rumah berharga RM600,000, depositnya adalah RM60,000. Jadi, bagaimana pula klien FAR Capital boleh membeli rumah yang sama dengan harga RM450,000 sahaja?
Ini caranya: FAR Capital membeli hartanah secara pukal terus daripada pemaju. Untuk setiap projek, kami berunding dengan pemaju dan mencapai persetujuan berdasarkan terma dan syarat tertentu.
Bayangkan anda menjalankan perniagaan nasi ayam dan membeli ayam secara pukal daripada penternak. Harga yang anda dapat pasti lebih murah berbanding membeli seekor ayam di pasar raya. Prinsip ini sama sahaja dengan pembelian hartanah.
Pemaju bersedia untuk berunding dengan harga jauh di bawah nilai median kerana FAR Capital membeli dalam kuantiti besar, iaitu 50–100 unit dalam satu projek. Pembelian secara pukal ini membolehkan kami mendapatkan diskaun yang memberi manfaat kepada klien kami.
Semua rundingan ini dilakukan secara telus dan sah, tanpa menggunakan hubungan dalaman atau keistimewaan tertentu. Inilah sebabnya klien kami dapat membeli hartanah dengan harga yang jauh lebih rendah sehingga harga rumah lelong pun tidak dapat menandingi tawaran yang kami sediakan.
Dengan lebih dari satu dekad pengalaman dalam bidang ini, FAR Capital telah membantu ribuan klien menyelesaikan cabaran kewangan dan hartanah mereka. Walaupun setiap klien mempunyai situasi unik, matlamat mereka tetap sama: meningkatkan taraf hidup.
Ingin membaca lebih lanjut tentang bagaimana kami membantu mereka? Jom baca sampai habis.
Salah satu kelebihan lain yang dinikmati oleh klien kami ialah keupayaan untuk mengenal pasti rumah yang memenuhi tujuh kriteria penting, malah menawarkan cashback untuk membantu mereka melangsaikan hutang atau membina tabung kecemasan.
Dan ini baru permulaan. FAR Capital bukan sahaja membantu anda membeli rumah; kami menyediakan perkhidmatan dari awal hingga akhir untuk memastikan anda dibimbing sepanjang proses.
Berikut adalah bagaimana kami membantu menangani halangan yang sering dihadapi pembeli rumah:
Strategi-strategi ini memberikan klien kami “unfair advantage” yang memastikan mereka mencapai matlamat kewangan dan hartanah dengan lebih efektif.
Sama ada anda ingin membeli rumah, mengurangkan hutang, atau meningkatkan pendapatan, FAR Capital telah terbukti berjaya membantu ramai orang. Berminat untuk mengetahui bagaimana anda juga boleh menikmati peluang ini? Apa kata sertai webinar percuma kami Ahad ini dan belajar, tanya sendiri macam mana anda juga boleh capai semua ini.
Berminat? Klik gambar di bawah dan daftar secara percuma! Jumpa anda Ahad ini!