fbpx

FAR CAPITAL CLIENT SERVICE AGREEMENT

This Terms of Service is updated as of 18th of December 2023.

Terma-Terma Perkhidmatan ini dikemaskini pada 18th December 2023.

between;
antara; 

FAR Capital Sdn Bhd [201401006364 (1082447-A)], a company incorporated in Malaysia with its principal place of business at Office Suite 15-7, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
FAR Capital Sdn  Bhd [201401006364 (1082447-A)], sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang beralamat perniagaan di Office Suite 15-7, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

and;
dan;

The Client whose particulars are as stated below:-
Klien yang butir-butirnya adalah seperti yang dinyatakan berikut: -

Full name (as per NRIC/Passport):
Nama penuh (seperti dalam Kad Pengenalan/Pasport):

NRIC/Passport No.:
No Kad Pengenalan/Pasport:

01. PREAMBLE

  1. FAR Capital Sdn Bhd (“Company”) utilises technological advantage to perform property market research, real-estate analysis and provides information on property investment in relation to disposing, acquiring, renting, leasing, maintenance and management of real estate on behalf of its clients.
    FAR Capital Sdn Bhd ("Syarikat") menggunapakai teknologi bagi menjalankan penyelidikan pasaran hartanah, analisis hartanah dan menyediakan maklumat mengenai pelaburan hartanah berhubung dengan pelupusan, pemerolehan, penyewaan, pajakan, penyelenggaraan dan pengurusan hartanah bagi pihak kliennya.

  2. Whereas you as the client, whom is desirous in engaging the Company’s services, acknowledges that the research data, reports, analysis (verbal or written), including but not limited to property suggestion and/or recommendations provided by the Company are based on the professional judgment upon data and information collected by the Company, whereby such data and information are subjected to general market movements, currency, economic, political and business risks to which you fully understand and accept that you are subject to such risks.
    Manakala anda sebagai klien, yang berniat untuk melantik perkhidmatan-perkhidmatan Syarikat, mengakui bahawa data penyelidikan, laporan-laporan, analisa-analisa (secara lisan atau bertulis), termasuk tetapi tidak terhad kepada cadangan-cadangan hartanah dan / atau nasihat-nasihat yang dibekalkan oleh Syarikat adalah berdasarkan pertimbangan profesional terhadap data dan maklumat yang dikumpulkan oleh Syarikat, di mana data dan maklumat-maklumat tersebut tertakluk kepada pasaran umum, risiko mata wang, ekonomi, politik dan risiko perniagaan yang anda mengakui dan menerima sepenuhnya bahawa anda tertakluk kepada risiko tersebut.

  3. In engaging in the Company’s services, you shall nonetheless be required to perform your own due diligence and obtain professional advice from alternative sources as you shall retain absolute discretion over your investment decisions.
    Dalam pelantikan perkhidmatan Syarikat, anda tetap dikehendaki melakukan usaha wajar anda sendiri dan mendapatkan nasihat profesional daripada sumber-sumber alternatif memandangkan anda akan mengekalkan budi bicara mutlak atas keputusan pelaburan anda.

  4. Accordingly, these Terms of Service set out your rights and obligations as a client regarding the use of the services rendered by the Company.
    Berikutannya, Terma-Terma Perkhidmatan ini membentangkan hak-hak dan kewajipan-kewajipan anda sebagai klien mengenai penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh Syarikat.

  5. Your access to and use of the services rendered by the Company is conditioned on your acceptance of and compliance with these Terms of Service.
    Akses anda terhadap dan penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh Syarikat adalah tertakluk kepada penerimaan dan pematuhan anda terhadap Terma-Terma Perkhidmatan ini.

  6. Your access to and use of the service is also conditioned on your acceptance of and compliance with the Personal Data Protection and Non-Disclosure Policies of the Company.
    Akses dan penggunaan Perkhidmatan di sini oleh anda juga tertakluk kepada penerimaan dan pematuhan anda terhadap Polisi Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Kerahsiaan Syarikat.

  7. Should you disagree with any part of these Terms of Service, you are at full liberty to not access the service.
    Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Terma-Terma Perkhidmatan ini, anda mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengakses Perkhidmatan ini.

02. SCOPE OF BENEFITS BY THE COMPANY

  1. By engaging in the Company’s services, you shall hereby be offered clientship with the Company. The duration, scope of services and details of the benefits are as described in the First Schedule (subject to the respective terms therein).
    Dengan melanggan perkhidmatan Syarikat, anda dengan akan ditawarkan menjadi klien dengan Syarikat. Skop perkhidmatan dan butiran-butiran faedah adalah seperti dinyatakan dalam Jadual Pertama (tertakluk kepada syarat masing-masing tersebut).

03. SUBSCRIPTION FEES AND PAYMENT SCHEDULE

  1. Before or upon execution of these Terms of Service, you as the client shall pay the following fees as set out in the Second Schedule (subject to the respective terms therein).
    Sebelum atau semasa pelaksanaan Terma-Terma Perkhidmatan ini, anda sebagai klien dikehendaki membayar yuran-yuran seperti dinyatakan dalam Jadual Kedua (tertakluk kepada syarat masing-masing tersebut):-

  2. As a client, you may be given other complimentary services or promotional benefits at the time of your subscription.
    Sebagai klien, anda mungkin diberi perkhidmatan-perkhidmatan percuma atau promosi-promosi lain yang ditawarkan semasa pendaftaran anda.

  3. In event of default or breach of any of the terms by you under this Agreement, the Company shall forthwith terminate this Agreement and all services provided to you.
    Sekiranya berlaku keingkaran atau pelanggaran mana-mana terma oleh anda di bawah Perjanjian ini, Syarikat akan menamatkan Perjanjian ini secara serta-merta termasuk semua perkhidmatan yang diberikan kepada anda.

04. REFUND POLICY

  1. In Company’s spirit of improving your financial wellbeing at no financial risk on your part in circumstances that are not possible to overcome in your best effort, the Company offers a refund policy in the following circumstances:-
    Bagi meningkatkan kemampuan kewangan anda tanpa risiko kewangan terhadap pihak anda, Syarikat menawarkan polisi bayaran balik dalam keadaan berikut:-

    Upon attending the Company’s first consultation session, that you and the Company’s Success Manager (as defined below) are unable to agree to a personal target to be achieved within the next five (5) years; or

    • Upon setting out the personal target above and that the personal target cannot be met after a period of five (5) years arising from the Company’s limitation(s) from the date of the first consultation session.

  2. For avoidance of doubt, you shall not be entitled to a refund in the event where you fail, refuse, neglect to and/or indolently not utilise the Company’s services provided to you which shall include but not limited to, non-usage of the Company’s services, and non-commitment to work towards achieving personal target despite being provided action items which are agreed upon to be within your means and capability during the first consultation session.
    Bagi mengelakkan keraguan, anda tidak berhak mendapat bayaran balik sekiranya anda gagal, enggan, cuai untuk dan/atau atas sebab kemalasan tidak menggunakan perkhidmatan Syarikat yang disediakan kepada anda yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, tidak menggunakan portal pendidikan, tidak menjalankan penilaian kewangan, dan ketidakkehadiran latihan peribadi, dan tidak komited untuk berusaha untuk mencapai sasaran peribadi meskipun dibekalkan dengan instrumen-instrumen tindakan yang telah dipersetujui berdasarkan kemampuan dan keupayaan anda sewaktu sesi perundingan pertama.

  3. In event of a refund, the nett sum refundable shall exclude the 6% SST paid or any other tax structure implemented by the Malaysian government at any given time.
    Sekiranya berlaku bayaran balik, jumlah yang boleh dikembalikan adalah tidak termasuk SST 6% atau mana-mana struktur cukai lain yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada bila-bila masa.

05. PERSONAL DATA PROTECTION

  1. You hereby acknowledge and consent that the Company, its associated companies, FAR Digital Ventures Sdn Bhd (“FDV”) and FAR Academy Sdn Bhd (“FA”) or any other authorised affiliates shall collect and retain your personal information, including but not limited to, your name, national registration identity card, gender, residential address(es), e-mail address(es), mobile phone number(s), financial information, credit score record(s), and any other sensitive personal data.
    Anda mengakui dan bersetuju bahawa Syarikat, syarikat bersekutunya, FAR Digital Ventures Sdn Bhd ("FDV") dan FAR Academy Sdn Bhd (“FA”) atau mana-mana syarikat bersekutu lain akan mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama anda, kad pengenalan pendaftaran nasional, jantina, alamat kediaman, alamat e-mel, nombor telefon bimbit, maklumat kewangan, rekod kredit, dan mana-mana data peribadi sensitif yang lain.

  2. You hereby acknowledge that the Company, FDV, FA and or authorised affiliates (including their authorised personnel) shall only collect and process your personal information for the following purposes:-
    Anda dengan ini mengakui bahawa Syarikat, FDV, FA, dan mana-mana syarikat bersekutu lain (termasuk kakitangan yang diberi kuasa) hanya akan mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

    internal record;

    • to keep you updated on any newsletters and new benefits available at the Company;

    • to fulfil the obligations under this Agreement, including but not limited to, financial screening and advising you thereon; and

    • any other purposes permissible under the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA 2010”).

  3. You further acknowledge that the Company, FDV, FA and other authorised affiliates (including their authorised personnel) shall not disclose any of your personal data to any unaffiliated third parties save and except in the following scenarios:-
    Anda selanjutnya mengakui bahawa Syarikat, FDV, FA dan mana-mana syarikat bersekutu lain (termasuk kakitangan mereka yang diberi kuasa) tidak akan mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkaitan kecuali dan melainkan dalam situasi-situasi berikut:-

    with your prior written consent;

    • disclosure to any persons or service providers in order for the Company, FDV, FA and other authorised affiliates to fulfill its obligations under this Agreement, including but not limited to your referrer or upline, financier(s), credit score entities, and developers; or

    • to fulfil the obligations under this Agreement, including but not limited to, financial screening and advising you thereon; and

    • as and when required by the applicable law without contravening the PDPA 2010.

  4. You are put to notice that the Company, FDV and FA have employed adequate security measures in place and in compliance with applicable laws and regulations in Malaysia including the PDPA 2010.
    Anda dimaklumkan bahawa Syarikat, FDV dan FA telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia termasuk PDPA 2010.

  5. You may at any given time, request access to your personal data and update your personal data in order to correct your data.
    Anda boleh pada bila-bila masa, memohon akses kepada data peribadi anda dan mengemas kini data peribadi anda bagi membetulkan data anda.

  6. By submitting your personal data and agreeing to the terms herein, you consent to the use of that personal data on purposes set out above. Should there be changes to this policy, the Company shall publish the updated version on this page.
    Anda boleh pada bila-bila masa, memohon akses kepada data peribadi anda dan mengemas kini data peribadi anda bagi membetulkan data anda.


  7. Should you have any questions regarding the Company’s Personal Data Protection policy, please contact the Data Protection Officer at [email protected].
    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi Perlindungan Data Peribadi Syarikat, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data di [email protected].

06. CONFIDENTIALITY (DUTY OF NON-DISCLOSURE)

  1. You hereby acknowledge and agree that all data, materials and information, in any format, provided by the Company in carrying out this Agreement shall at all times, belong to the Company and shall be treated as confidential.
    Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa semua data, bahan dan maklumat, dalam apa jua format, yang disediakan oleh Syarikat dalam melaksanakan Perjanjian ini pada setiap masa, adalah hakmilik Syarikat dan akan dianggap sebagai sulit.

  2. For the purposes of this Agreement, “Confidential Information” shall mean include but not limited to, the terms of this Agreement, all information relating to our client and potential client, real estate property details and specific information shared only within the Company’s events and groups (including but not limited to property developments or projects information by any real estate developer, events, businesses, plans, technology, finances and affairs of the Company including but not limited to customer records, databases; developmental, marketing, sales, supplier, consulting relationship information, operating, performance, and cost information, whether in tangible or intangible form but shall exclude any information which is:-
    Untuk tujuan Perjanjian ini, "Maklumat Sulit" termasuk tetapi tidak terhad kepada, syarat-syarat Perjanjian ini, semua maklumat yang berkaitan dengan setiap klien dan klien berpotensi, butiran harta tanah dan maklumat khusus yang dikongsi hanya dalam acara dan kumpulan Syarikat (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembangunan hartanah atau maklumat projek oleh mana-mana pemaju hartanah, acara, perniagaan, rancangan, teknologi, kewangan dan hal ehwal Syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada rekod pelanggan, pangkalan data; maklumat perkembangan, pemasaran, jualan, pembekal, maklumat perundingan, operasi, prestasi, dan kos, sama ada dalam bentuk ketara atau tidak ketara tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat berikut, yakni:-

    those in the public domain or was publicly known or available prior to the date of the disclosure; or

    rightfully in your possession prior to the disclosure of such information.

  3. You hereby undertake that you and/or your investment partner(s) (if any) shall at all times, not disclose any Confidential Information obtained upon execution of this Agreement save and except with the written consent of the Company.
    Anda dengan ini berakujanji bahawa anda dan/atau rakan pelaburan anda (sekiranya ada) dikehendaki pada setiap masa, tidak mendedahkan apa-apa Maklumat Sulit yang diperoleh semasa pelaksanaan Perjanjian ini kecuali dengan persetujuan bertulis Syarikat.

  4. You further undertake that you and/or your investment partner(s) (if any) shall continue to be bound by such duty of non-disclosure upon expiration or termination of this Agreement.
    Anda selanjutnya berakujanji bahawa anda dan / atau rakan kongsi pelaburan anda (sekiranya ada) akan terus terikat dengan kewajipan untuk tidak mendedahkan tersebut apabila tamat tempoh atau pembatalan Perjanjian ini.

  5. In event of breach of duty of non-disclosure herein, you hereby acknowledge and agree that you shall forthwith return or destroy all of the Company’s confidential information upon the Company’s notice, provide an account of profits and/or keep the Company fully indemnified against all losses arising from such breach.
    Sekiranya berlaku kemungkiran kewajipan untuk tidak mendedahkan di sini, anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa anda dikehendaki memulangkan atau memadamkan segala Maklumat Sulit sekiranya diberikan notis oleh Syarikat, memberikan akaun keuntungan dan/atau anda akan menanggung rugi Syarikat sepenuhnya atas dasar indemniti terhadap segala kerugian yang timbul akibat kemungkiran tersebut.

07. REPRESENTATIONS AND WARRANTIES BY THE CLIENT

  1. You hereby represent and warrants as follows:-
    Anda memberi representasi dan jaminan seperti berikut:-

    • you are 18 years of age or above;

    • the personal data and information provided to the Company, FDV and FA are accurate and truthful;

    • you shall immediately notify the Company of any change in the information provided or communicated made to the Company, including but not limited to information regarding your corresponding address and/or payment details;

    • in the event you intend to enter into a legally binding agreement or contract with any third parties in any circumstances, including but not limited to the acquisition, purchase, sale and rental of a property, you shall seek the appropriate independent professional advice and conduct independent due-diligence before proceeding as such;

    • you acknowledge that there are inherent risks in any forms of investment to which you shall not hold the Company liable for any losses or damages incurred as a result of any unsuccessful investment arising from the Company’s advice;

    • you shall not resell the services rendered by the Company or impose any charge on others to view the services, nor will you rebroadcast, reproduce, transmit, compress, modify, perform, display, record, publicly perform, duplicate, distribute, tamper, interfere, impose, remove, alter, add or delete the services in any form whatsoever;

    • you shall not record, copy or reproduce the services or any part thereof other than the purpose of private use as permitted by the Copyright Act 1987 (as amended from time to time);

    • you shall not either as a principal, agent, employee, employer, consultant, co-partner or otherwise, or in any other individual or representative capacity, directly or indirectly, render any services and/or engage with competitors that are in the business of property investment and property education products including, primary market properties for investment purposes;

    • you shall not interfere with the day-to-day operations and running of the Company which shall include but not limited to, interference with other clients or and/or fettering their investment decisions; and

    • you shall immediately inform the Company upon the discovery of any theft, piracy or other unauthorized usage of the services.

08. INDEMNITY

  1. You hereby acknowledge and agree that you shall indemnify on a full indemnity basis and hold the Company harmless from all or any actions, suits, proceedings, claims, demands, costs and expenses whatsoever which may be brought against, made upon or incurred by the Company during the course of this Agreement (in particular, the duty of non-disclosure), or the exercise of any of its powers, duties or authorities under this Agreement save and except where such liability, loss or damage arises from the default and or negligence of the Company or its employees.
    Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa anda akan menanggung segala kerugian atas dasar indemniti penuh dan memastikan Syarikat tidak terdedah kepada semua atau mana-mana tindakan, saman, prosiding, tuntutan, kos dan perbelanjaan apa pun yang boleh dituntut, yang mungkin dibuat ke atas atau ditanggung oleh Syarikat semasa atau akibat daripada pelaksanaan kewajipan anda (khususnya, kewajipan untuk tidak mendedahkan), atau semasa menjalankan mana-mana hak, tugas atau kuasa di bawah Perjanjian ini kecuali dan melainkan liabiliti, kerugian atau kerosakan tersebut adalah akibat keingkaran dan kecuaian Syarikat atau pekerjanya.

09. LIQUIDATED ASCERTAINED DAMAGES

  1. Without prejudice to the remedies in this Terms of Service and those available at law, you hereby agree that the Company shall be entitled to claim from you as Liquidated Ascertained Damages in event of the following breaches:-
    Tanpa prejudis terhadap remedi dalam Terma-Terma Perkhidmatan ini dan yang sedia ada di sisi undang-undang, anda dengan ini bersetuju bahawa Syarikat berhak untuk menuntut daripada anda sebagai Ganti Rugi Yang Ditentukan sekiranya berlaku pelanggaran berikut:-

    occurrence of fraud, theft, or misuse of other person’s information
    by you – RM1,000.00

    • unlawful interference of the Company’s Business and/or towards other clients – RM2,000.00


    breach of duty of non-disclosure - up to a maximum of RM 10,000.00.

10. SEVERABILITY

If any part of this Terms of Service is declared invalid or void, the remaining parts of this Terms of Service shall be valid and enforceable.
Sekiranya mana-mana bahagian Terma-Terma Perkhidmatan ini diisytiharkan sebagai tidak sah atau adalah tidak sah, bahagian Terma-Terma Perkhidmatan ini yang selebihnya adalah masih sah dan boleh dikuatkuasakan.

11. ASSIGNEES AND SUCCESSORS IN TITLE

You may not assign any of your rights and/or obligations hereunder without the prior written consent of the Company.
Anda tidak boleh menyerahkan mana-mana hakmilik dan/atau kewajipan anda di bawah ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat.

12. NOTICES

  1. Any communication or notice to the Company shall be in writing to its address at Office Suite 15-7, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur and marked for the attention of the “Client Relations (CR) Department” or emailed to [email protected].
    Sebarang komunikasi atau notis kepada Syarikat dikehendaki secara bertulis ke alamat di Office Suite 15-7, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur dan ditandakan untuk perhatian "Jabatan Perhubungan Pelanggan (CR)" atau menghantar e-mel kepada [email protected].

  2. All correspondence and notices by the Company to you shall be:-
    Semua penyuratan dan notis oleh Syarikat kepada anda adalah melalui:-

    to the mailing address provided by you;

    to your e-mail address registered with the Company;

    published on the Company’s website and social media pages; or

    • 
    in such other medium as the Company may deem appropriate.

  3. Notices in writing shall be deemed received upon hand delivery or upon the fifth business day after posting.
    Notis bertulis akan dianggap diterima semasa penghantaran peribadi atau pada hari perniagaan kelima selepas pengeposannya.

  4. Notices by email shall be deemed received upon electronic confirmation of the transmission of the email.
    Notis melalui e-mel akan dianggap diterima selepas pengesahan elektronik penghantaran e-mel.

13. TIME

  1. Time wherever referred in this Agreement shall be of the essence.
    Masa di mana sahaja dirujuk dalam Perjanjian ini adalah diutamakan.

14. GOVERNING LAW

This Terms of Service will be governed and construed in accordance with the laws of Malaysia whereby parties shall also submit to the exclusive jurisdiction of the Malaysian Courts.
Terma-Terma Perkhidmatan ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia di mana pihak-pihak juga menyerah kepada bidangkuasa eksklusif Mahkamah-Mahkamah Malaysia.

15. GENERAL

  1. Preambles, schedules and annexures wherever referenced shall be deemed to be essential part of this Terms of Service.
    Mukadimah, jadual dan lampiran di mana sahaja dirujuk akan dianggap sebagai bahagian penting dalam Terma-Terma Perkhidmatan ini.

  2. Words imparting the singular number only shall include the plural and vice versa.
    Perkataan yang memberikan makna nombor tunggal hanya hendaklah termasuk penggandaannya dan sebaliknya.

  3. No failure or omission by either party to carry out the terms and conditions of this Terms of Service will give rise to any claim against the party in question or be deemed a breach of the Terms of Service if such failure or omission arises from any cause beyond the reasonable control of that party.
    Kegagalan atau ketiada-tindakan oleh mana-mana pihak untuk melaksanakan terma dan syarat Terma-Terma Perkhidmatan ini tidak akan mengakibatkan sebarang tuntutan terhadap pihak yang berkenaan atau dianggap sebagai pelanggaran Terma-Terma Perkhidmatan sekiranya kegagalan atau ketiada-tindakan tersebut adalah di luar kawalan munasabah pihak tersebut.

  4. Should there be any discrepancy arising from the English version and the Bahasa Malaysia version, the terms in this English version shall prevail and be applicable herein.
    Sekiranya terdapat percanggahan yang timbul daripada versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, terma dalam versi Bahasa Inggeris ini akan digunapakai dan terpakai di sini.

  5. This Terms of Service constitutes the entire understanding between parties whereby all prior or contemporaneous agreements, understandings, representations and statements shall be merged into and superseded by this Terms of Service.
    Terma-Terma Perkhidmatan ini merupakan keseluruhan persefahaman antara pihak-pihak di mana semua perjanjian, pemahaman, representasi dan pernyataan sebelum ini akan digabungkan dan digantikan oleh Terma-Terma Perkhidmatan ini.

  6. This Terms of Service may be modified and amended by the Company from time to time whereas you shall not modify or amend these terms save and except with mutual agreement in writing between parties.
    Terma-Terma Perkhidmatan ini mungkin diubasuai atau dipinda oleh pihak Syarikat pada bila-bila masa manakala anda tidak dibenarkan untuk diubahsuai dan dipinda kecuali dan melainkan persetujuan bersama secara bertulis antara pihak-pihak.

  7. No failure of a party to insist upon strict performance by the other party of any of the terms and conditions of this Terms of Service shall constitute or be deemed as a waiver of any such term or condition. Any waiver thereof shall be done in writing.
    Kegagalan suatu pihak untuk mendesak prestasi atas pihak lain dari mana-mana terma dan terma Terma-Terma Perkhidmatan ini akan menjadi atau dianggap sebagai pengenepian mana-mana terma atau terma tersebut. Apa-apa pengenepian daripadanya hendaklah dilakukan secara bertulis.

  8. Nothing herein this Terms of Service shall create a partnership or joint venture relationship between Parties.
    Tiada apa dalam Terma-Terma Perkhidmatan ini yang akan mewujudkan suatu hubungan perkongsian atau hubungan usaha sama antara Pihak-Pihak.

16. COMPREHENSION OF TERMS OF SERVICE

You hereby agree and acknowledge that you have fully read and understood this Terms of Service and that you shall be bound by the provisions herein.
Anda dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya Terma-Terma Perkhidmatan ini dan bahawa anda akan terikat dengan peruntukan di sini.

First Schedule

(to be read and construed as an essential part of the Agreement)

(Untuk dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting Perjanjian)

01. Contractual Duration

  1. This Agreement, your clientship and the benefits set out herein shall be valid for a period of five (5) years upon which you may request to renew this Agreement subject to the approval by the Company.
    Perjanjian ini, status klien serta faedah-faedah yang ditawarkan di sini adalah sah untuk tempoh lima (5) tahun di mana anda boleh meminta untuk memperbaharui Perjanjian ini tertakluk kepada kelulusan oleh Syarikat.

02. Digital Course

  1. You shall be given access to property investment related content via the Digital Course.
    Anda akan diberi akses kepada kandungan berkaitan pelaburan hartanah melalui Kursus Digital secara atas talian.

  2. The Company’s obligations under this scope shall be deemed completed upon you gaining access to the Digital Course.
    Kewajipan-Kewajipan Syarikat di bawah skop ini akan dianggap ditunaikan apabila anda mendapat akses kepada kandungan Kursus Digital.

  3. By using the Company’s Digital Course, you acknowledge that whilst the Company strives to keep the Digital Course contents as updated as possible - any techniques, methods or advice contained in the Digital Course may be subject to change at any time due to general market movements, currency, economic, political and business risks.
    Dengan menggunakan Kursus Digital Syarikat, anda mengakui bahawa walaupun Syarikat berusaha untuk memastikan kandungan Kursus Digital dikemaskini sebaik mungkin - sebarang teknik, kaedah atau nasihat yang terkandung dalam Kursus Digital mungkin tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa disebabkan oleh pergerakan pasaran umum, mata wang , risiko ekonomi, politik dan perniagaan.

  4. By making any investment decisions or by entering into any contractual obligations, you further acknowledge that such decisions and execution of the contractual obligations shall not be upon the sole reliance towards the contents of the Digital Course or advice rendered by the Company’s employees. You acknowledge that you are at the full liberty to seek independent professional advice and conduct independent due-diligence towards the intended investment and there shall be inherent risks for investments in any nature and you shall not hold the Company liable for losses, damages or claims arising from your investment decisions.
    Dengan membuat sebarang keputusan pelaburan atau dengan memasuki mana-mana kontrak, anda selanjutnya mengakui bahawa keputusan dan pelaksanaan obligasi kontrak tersebut tidak hanya bergantung sahaja terhadap kandungan Kursus Digital atau nasihat yang diberikan oleh kakitangan syarikat. Anda mengakui bahawa anda mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mendapatkan nasihat profesional bebas dan menjalankan usaha wajar bebas terhadap pelaburan yang diniatkan dan anda turut mengakui bahawa mana-mana pelaburan mempunyai risikonya dan Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada keputusan pelaburan anda tersebut.

  5. By using the Company’s Digital Course, you acknowledge that the contents of the Digital Course are strictly confidential and shall not be disclosed to any third parties save and except with the written consent of the Company. You shall not alter, modify, resell and/or redistribute the Digital Course for monetary or non-monetary gains. The Company retains the absolute right over any licenses, intellectual property interest and rights over the Digital Course.
    Dengan menggunakan Kursus Digital Syarikat, anda mengakui bahawa kandungan Kursus Digital bersifat sulit dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga kecuali melainkan kebenaran bertulis daripada Syarikat. Anda tidak dibenarkan untuk mengubah, meminda, menjual semula dan/atau mengedarkan Kursus Digital untuk keuntungan kewangan atau bukan kewangan. Syarikat merizabkan hak mutlak atas mana-mana lesen, hak intelek dan kepentingan terhadap Kursus Digital tersebut.

03. Financial Screening

  1. The Company shall conduct financial screening upon you and your nominated investment partners (if any) based on the information and supporting documents provided.
    Syarikat akan menjalankan penilaian kewangan ke atas anda dan rakan-rakan pelaburan yang anda calonkan (sekiranya ada) berdasarkan maklumat dan dokumen sokongan yang diberikan.

  2. You shall receive the financial screening result which shall include your estimated loan eligibility and debt-to-service ratio (DSR).
    Anda akan menerima hasil penilaian kewangan yang termasuk anggaran kelayakan pinjaman dan nisbah hutang kepada perkhidmatan (DSR) anda.

  3. Should you fail to furnish any information or supporting documents to the Company within twenty-one (21) days upon execution of this Terms of Service, you hereby grant the Company the unconditional right to conduct the financial screening based on credit information obtained from authorised public credit database (including but not limited to CTOS).
    Sekiranya anda gagal memberikan sebarang maklumat atau dokumen-dokumen sokongan kepada Syarikat dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas Terma-Terma Perkhidmatan ini, anda dengan ini memberikan Syarikat hak tanpa syarat untuk menjalankan penilaian kewangan berdasarkan maklumat kredit yang diperoleh daripada pangkalan data kredit awam yang dibenarkan (termasuk tetapi tidak terhad kepada CTOS).

  4. The Company’s obligations under this scope shall be deemed completed upon you being given your first financial screening result(s).
    Kewajipan-Kewajipan Syarikat di bawah skop ini akan dianggap ditunaikan apabila anda diberikan keputusan(-keputusan) penilaian kewangan pertama anda.

  5. You and your nominated investment partners (if any) may request to conduct subsequent financial screenings (without exceeding the limit of one (1) request each month) to keep your financial screening results updated for your investment considerations.
    Anda dan rakan-rakan pelaburan yang anda calonkan (sekiranya ada) boleh memohon untuk menjalankan pemeriksaan kewangan selanjutnya (tanpa melebihi had satu (1) permohonan setiap bulan) untuk memastikan keputusan pemeriksaan kewangan anda dikemaskini bagi tujuan pertimbangan pelaburan anda.

  6. The Company may require you and your nominated investment partners (if any) to conduct subsequent financial screenings at any given time before rendering you any further advice on your investment considerations.
    Anda dan rakan-rakan pelaburan yang anda calonkan (sekiranya ada) mungkin dikehendaki oleh pihak Syarikat untuk menjalankan pemeriksaan kewangan berikutnya pada bila-bila masa sebelum memberi anda sebarang nasihat lanjut mengenai pertimbangan pelaburan anda.

04. 1-to-1 Consultation with Success Manager

  1. You shall be given access to the Company’s 1-to-1 Consultation sessions with the Company’s dedicated Success Manager, consisting of selected employees only but shall not exceed the limit of four (4) sessions each year.
    Anda akan diberi akses terhadap sesi-sesi Perundingan 1-to-1 dengan Success Manager Syarikat, yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan Syarikat yang terpilih sahaja tetapi tidak melebihi had empat (4) sesi setiap tahun.

  2. The Company shall not be held liable under this obligation in the event where you fail to schedule a 1-to-1 Consultation session with the Company’s Success Manager.
    Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemungkiran kewajipan sekiranya anda gagal untuk menjadualkan sesi Perundingan 1-to-1 dengan Success Manager Syarikat.

Second Schedule

(to be read and construed as an essential part of the Agreement)

(Untuk dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting Perjanjian)

01. Payment

  1. In consideration of the Company offering you its clientship and exclusive benefits set out above, you hereby undertake to pay the agreed fees.
    Sebagai balasan kepada Syarikat atas penawaran status klien kepada anda serta faedah eksklusif yang dinyatakan di atas, anda dengan ini bersetuju untuk membayar fi yang dipersetujui.

  2. The payment above and/or package subscribed herein shall not entitle you to nominate any investment partners.
    Jumlah bayaran di atas dan/atau pakej yang dilanggan di sini tidak membenarkan anda melantik mana-mana rakan kongsi pelaburan.

  3. The payment above shall not include any surcharges, administrative fee, booking fees, legal fees, stamp duty or any other charges which you may encounter during the course of your investment.
    Jumlah bayaran di atas tidak termasuk sebarang surcaj, yuran pentadbiran, yuran tempahan, yuran guaman, duti setem atau sebarang caj lain yang mungkin anda hadapi semasa pelaburan anda.

  4. You acknowledge that the surcharge shall be at an estimated minimum of Ringgit Malaysia Two Thousand (RM2,000.00) per property purchase and you shall nonetheless be required to serve a thirty (30) day waiting period before being allowed to place your property booking for every property purchase during each respective property launch.
    Anda bersetuju bahawa surcaj yang dikenakan adalah dalam anggaran minimum Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00) bagi setiap pembelian hartanah dan anda tetap dikehendaki menunggu selama tempoh tiga puluh (30) hari sebelum anda dibenarkan untuk membuat tempahan terhadap hartanah anda bagi setiap pembelian hartanah sewaktu setiap pelancaran hartanah baharu.

  5. The Company reserves the right to amend or increase the payment sum in the event of renewal of this Agreement.
    Syarikat merizabkan hak untuk meminda atau meningkatkan jumlah bayaran sekiranya Perjanjian ini dilanjutkan.

  6. All fees payable above are inclusive of 6% Sales & Services Tax (“SST”) or any other tax structure implemented by the Malaysian government at the given time.
    Semua fi yang perlu dibayar di atas adalah termasuk 6% Cukai Jualan & Perkhidmatan ("SST") atau mana-mana struktur cukai lain yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia pada masa tersebut.

  7. Nothing herein shall preclude the Company from correcting, at any time, any error or discrepancy in the amount stated in the invoice(s) issued by the Company.
    Tiada apa-apa terma di sini yang akan melucutkan hak Syarikat daripada membetulkan, pada bila-bila masa, apa-apa kesilapan atau percanggahan dalam jumlah yang dinyatakan dalam invois(-invois) yang diisukan oleh Syarikat.

Table Of Contents

Solutions
©2024 FAR Capital Sdn. Bhd. All rights reserved.